Thursday, 14 December 2017
Cikgu Bukan Ultraman - Mohd Zamri Husaini
Tajuk: Cikgu Bukan Ultraman
Penulis: Mohd Zamri Husaini
Penerbit: NAQ Publications
Harga: RM 23.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
Cetakan Pertama 2017
Sinopsis Belakang Buku:
Mendidik anak-anak abad ke 21 merupakan cabaran besar buat para guru hari ini. Cara dan pendekatan yang digunakan mungkin sedikit sebanyak berbeza dengan pendekatan terdahulu. Alvin Toffler, seorang pemikir dan futuris barat pernah menyatakan di dalam buku Rethinking The Future, bahawa "Buta huruf di abad 21 bukan hanya dialami oleh orang-orang yang tidak tahu membaca dan menulis sahaja, tetapi mereka yang tidak mahu belajar, berhenti belajar dan mengulang kembali belajar (learn, unlearn, relearn)."
Komen:
Ini buku ketiga berkenaan kerjaya guru yang saya beli. Yang pertama, Bukan Salah Cikgu. Yang kedua pula, Cikgu Kelas Sebelah.
Buku ini memuatkan 30 kisah pendek dunia perguruan. Ada kisah dengan pelajar, kisah isu-isu pendidikan dan juga perubahan yang harus dilalui oleh setiap guru. Misalnya, isu KBAT, i-Think, TIMMS dan PISA, Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 dan banyak lagi.
Antara banyak-banyak, rasanya isu KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / HOTS - Higher Order Thinking Skills) ni yang paling banyak kesannya pada gurusebab ia berkait dengan peperiksaan. Masyarakat kita masih lagi memandang peperiksaan itu sebagai satu-satunya alat untuk mengukur keupayaan anak masing-masing. Jadi, bila soalan peperiksaan lebih banyak menjurus kepada KBAT, dan peratusan cemerlang pula secara kebetulannya jatuh merudum, maka melompatlah ibu bapa sekelian. Bukanlah menidakkan peperiksaan, tapi perkembangan anak juga patut diberi perhatian. Setiap anak tak sama keupayaannya. Ini yang ramai ibu bapa tak faham. Ramai yang masih memandang keputusan peperiksaan itu "the ultimate" dan yang lain-lain tu cuma sampingan saja. Maka, bila timbul masalah dalam masyarakat, semuanya menuding jari ke bidang pendidikan. Sedangkan, Islam dah kata yang ibubapa adalah guru pertama anak-anak.
Jadi, wahai ibu bapa sekelian, cikgu-cikgu bukanlah Ultraman!
Kelas Menjahit Part 3
Hari ketiga sambung lagi lukis pola atas brown paper. Lama jugak nak siap. Sebab ada silap. Take pe, belajar dari kesilapan kan. Lepas tu cuma sempat lukis pola baju bahagian depan dan belakang aje atas kain. Yang lain kena sambung next class. Hmm, hari ni kena cari sekoci. Tau tak sekoci tu apa? Ni dia.
Ingatkan tak payah beli sebab mesin jahit brother tu tak payah guna sekoci. Tapi sebab kat tempat belajar tu masih pakai mesin jahit lama, maka, kenalah beli jugak. Gunanya untuk letak gelendong di dalamnya. Ini rupanya gelendong.
Gelendong tu guna yang mak punya. Tak payah beli. Lega sebab mesin jahit brother tu kena guna yang plastik. Dah ada banyak yang plastik, rasa rugi pulak beli jenis logam banyak-banyak. Bukan nak guna pun.
Oklah. Setakat ini dulu.
![]() |
| Sekoci |
Ingatkan tak payah beli sebab mesin jahit brother tu tak payah guna sekoci. Tapi sebab kat tempat belajar tu masih pakai mesin jahit lama, maka, kenalah beli jugak. Gunanya untuk letak gelendong di dalamnya. Ini rupanya gelendong.
![]() |
| Gelendong |
Gelendong tu guna yang mak punya. Tak payah beli. Lega sebab mesin jahit brother tu kena guna yang plastik. Dah ada banyak yang plastik, rasa rugi pulak beli jenis logam banyak-banyak. Bukan nak guna pun.
Oklah. Setakat ini dulu.
Kelas Menjahit Part 4
Hari ni, sambung lukis pola baju dan kain di atas kain (yang kita dah beli until buat baju) dan potong. Juga macam mana nak potong bahagian leher. Sebelum tu, kena beli kain yang ada gam dibelakangnya. Fabrik interfacing. Jenuh cari kat pekan Ipoh sebab kebetulan ada urusan kat sana. Rupa-rupanya, kat kedai runcit dekat rumah pun ada. Hai lah! Penat badan!
Akhirnya, dapat jugak tengok kain yang dah nak jadi baju. Alhamdulillah. Homework: sambungkan kain guna mesin jahit. Tapi dia suruh sambung bahagian bahu dan kain je dulu. Nanti Isnin dia nak tengok.
Lepas kelas hari Isnin, inilah hasilnya.
Barulah semangat sikit.....
Sekarang, dah hampir sebulan selesai kelas menjahit. Sempat jahit dua pasang baju kurung. Alhamdulillah. Kena tangguh dulu projek menjahit sebab sekolah dah buka. Dah mula sibuk dengan kerja sekolah pulak.
![]() |
| Ni yang dah dilekat pada kain |
Akhirnya, dapat jugak tengok kain yang dah nak jadi baju. Alhamdulillah. Homework: sambungkan kain guna mesin jahit. Tapi dia suruh sambung bahagian bahu dan kain je dulu. Nanti Isnin dia nak tengok.
Lepas kelas hari Isnin, inilah hasilnya.
Barulah semangat sikit.....
Sekarang, dah hampir sebulan selesai kelas menjahit. Sempat jahit dua pasang baju kurung. Alhamdulillah. Kena tangguh dulu projek menjahit sebab sekolah dah buka. Dah mula sibuk dengan kerja sekolah pulak.
Saturday, 9 December 2017
Kelas Menjahit Part 2
Hari kedua dah kurang sikit nervous. Sebab cikgunya baik hati. Hehehe! Or maybe because I'm her only student that week.
Hari ni, sambung buat pola kain pulak. Senang sikit sebab Tak banyak benda nak lukis. Segiempat aje. Lepas tu, gamkan kertas pink dan kuning yang dia bagi semalam. Barulah nampak rupa baju dan kainnya. Otak yang blur semalam, dah terang sikit.
Lepas tu sambung lukis pola sebenar atas brown paper.
Nampak tak banyak, tapi 2 jam jugak. Tak pe, first time kan.
Bila dah jadi macam ni, barulah faham kenapa dia bagi kertas-kertas tu.
Lagi sekali, tepu otak!
Hari ni, sambung buat pola kain pulak. Senang sikit sebab Tak banyak benda nak lukis. Segiempat aje. Lepas tu, gamkan kertas pink dan kuning yang dia bagi semalam. Barulah nampak rupa baju dan kainnya. Otak yang blur semalam, dah terang sikit.
Lepas tu sambung lukis pola sebenar atas brown paper.
Nampak tak banyak, tapi 2 jam jugak. Tak pe, first time kan.
![]() |
| Cantik tak? |
Bila dah jadi macam ni, barulah faham kenapa dia bagi kertas-kertas tu.
Lagi sekali, tepu otak!
Friday, 8 December 2017
Just Wondering
Lately, as I surf the internet, searching for information that I need for my lessons, I noticed that around 90% of the info that I got in BM medium actually come from Indonesians. That got me thinking. Where are the information that comes from Malaysians? The educational ones, I mean. I know that a lot of Malaysians do write stuff on the internet. And I also know a few educators that write on the internet via blogs, Facebook page or YouTube. I know it's not easy to upload educational content as writing takes up a lot of our time. Even like this short entry.
Maybe we just like to write in English. I did have a page in English since I had to teach in that language. But then, since we switched back to BM, I'm a little bit concerned for the lack of content in BM. The challenge that I face from my current students is, they mentally block almost everything that I showed them if it was in English. If it was a video, it has to have a subtitle or I will have to translate to them for time to time.
I guess this is a reflection to me too. I have been trying to translate the pages that I had written some time ago (though not much), and hopefully........ I do make a significant contribution to our education. Wish me luck!
Maybe we just like to write in English. I did have a page in English since I had to teach in that language. But then, since we switched back to BM, I'm a little bit concerned for the lack of content in BM. The challenge that I face from my current students is, they mentally block almost everything that I showed them if it was in English. If it was a video, it has to have a subtitle or I will have to translate to them for time to time.
I guess this is a reflection to me too. I have been trying to translate the pages that I had written some time ago (though not much), and hopefully........ I do make a significant contribution to our education. Wish me luck!
Wednesday, 6 December 2017
The Adventures of..... Kelas Menjahit! Part 1
Akhirnya........ pada umur 51 tahun, berjaya untuk pergi ke kelas menjahit secara formal. Tak apa, bak kata orang putih, "better late than never". Sebenarnya, nervous. Ye lah, dah tua baru nak belajar menjahit, pasal apa muda-muda dulu tak nak belajar? Alasan? Tak payah tulislah. Nanti cliche pulak kata orang.
Anyway, berkat dorongan seorang kawan ni, berjayalah mengharungi hari pertama kelas tu. Dia siap bagi senarai apa nak beli tau. Dua kali, sebab senarai yang first tu dah ke mana hilangnya, salah letak kot.
![]() |
| Tu dia senarainya. |
First day, hari Isnin pukul 10.30 pagi. Dah buat appointment dengan pengajar tu. Hari Jumaat sebelumnya, telefon dan tanya macam-macam. Bagi sesiapa yang tinggal di Ipoh dan teringin nak belajar menjahit, bolehlah pergi ke Institute Jahitan Foong Foong. Alamatnya, 47A, Main Road, Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh. Sederet dengan Kedai Zeenath (kedai runcit) & Poliklinik Manjit. Dalam Google map, better cari Kedai Zeenath. Senang sikit.
Yurannya RM 380 untuk 24 jam (setakat 2017). Tak tahulah kot-kot masa depan naik pulak. Kos hidup sekarang kan semakin meningkat.
Sebelum mula, dia beri 3 benda - sehelai kertas pink, sehelai kertas kuning & pembaris kertas. Yang ini kena bayar RM 1.50. Pembaris tu rupa-rupanya pembaris berskala. Nak lukis pola baju, mesti muat dalam bukukan, jadi pembaris tu akan "kecikkan" ukuran yang sebenarnya.
Hari pertama, cuma belajar lukis pola baju je. Oh ya, kita boleh request nak belajar pattern yang kita nak. Saya pilih baju kurung yang ada pesak tu. Sebabnya, fesyen ni tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman (betul ke pepatah ni?), dengan kata lain, evergreen. Betul tak?
![]() |
| Hasil hari pertama. |
Rasa tepu kepala otak ni walaupun itu je yang kita hadap selama 2 jam. Maklumlah, ilmu menjahit ni memang zero. Mak pulak menjahit stail orang lama, ambil baju lama, tekap, gunting dan terus jahit. Tak ada pola-polanya. Blur jugak mula-mula tu. Mujur cikgunya baik.
Okaylah, nanti kita sambung. Bye!
Saturday, 2 December 2017
My Sewing Machine
| Brother GS2700 |
I bought this sewing machine on 27 November 2017. Monday. After finished invigilating SPM that day. I had been contemplating buying it for a long long time since my mother's sewing machine had been giving problems for the past few years. The salesman is very patient with me when he did some demo. Hopefully, this will be put into full use. I've decided to enroll myself in a sewing class. Well, good luck to me!
Some info on this sewing machine. Just in case you're hunting for one.
1. It's portable, has 27 built-in stitches. Meaning, it has 27 types of pattern that you can choose.
2. It also has 1-step buttonhole, which means that you just put your button on the slot provided, than step on the foot controller, and, voila! You got your buttonhole!
What else? Oh, I LOVE this feature.
3. Built in needle threader. Thanks to this feature, I don't have to strain my eyes to thread the needle anymore, or ask my children to do it for me.
I think I'd better let the pictures below talk.
![]() |
| See the 27 patterns? |
This model comes with a soft cover. Just a white plastic to cover your machine.
Bye!
Friday, 13 October 2017
Kriminal - Syahril A. Kadir
Tajuk: Kriminal - Catatan Seorang Wartawan Jenayah
Penulis: Syahril A. Kadir
Penerbit: Buku Pojok PLT
Cetakan: Pertama 2016
Harga: RM 27.00 (Semenanjung)
RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis Belakang Buku:
Apa yang terkandung di dalam buku ini hanyalah 'sedikit' daripada perjalanan hidup aku sebagai seorang wartawan yang juga 'sedikit'. Tetapi yang 'sedikit' itu adakalanya boleh menjadi 'lebih'.
Hidup ini penuh rencah dan warna. Hitam dan putih mendasarinya. Menjadi wartawan sebenarnya memberi peluang kepada aku untuk menyusuri dengan lebih dekat hitam dan putih dalam kehidupan. Setiap hari sebagai wartawan jenayah, ada sahaja berita sedih dan menghibakan yang terpaksa aku tulis, bagi orang baca.
Dan aku sebagai tukang tulis tidak punya pilihan. Melaporkan yang betul dan benar itu satu kewajiban. Buku ini merupakan antara 'koleksi' peristiwa-peristiwa yang terpaksa aku nukilkan sama ada ia berita sedih atau menjengkelkan.
Bacalah dengan mata dan hati terbuka kerana ketika menulisnya, mata dan hati aku tak pernah tertutup.
Komen:
Buku ini dibeli pada 28 Disember 2016 lagi. Tapi tak sempat dibuat ulasan kerana pelbagai sebab. Makanya, cetakan di atas mungkin dah berubah sekarang. Nama Syahril A. Kadir ni saya tak 'familiar' mungkin sebab sekarang saya jarang baca surat khabar. Jumpa secara tak sengaja dan nampak sekali lagi namanya masa kes Ops Daulat di Lahad Datu.
Ini ialah catatan penulis tentang pengalamannya semasa menjadi wartawan jenayah. Pahit maung untuk dapatkan berita. Pengalamannya berjumpa dengan beberapa orang penting, dan juga semasa membuat liputan beberapa kes yang "glamour" - kes Norita, temuramah dengan pemimpin JI Indonesia - Abu Bakar Ba'asyir dan juga kes Prebet Adam. Rupa-rupanya kes Prebet Adam ni dah menyeleweng dari fakta asal. Kalau nak tau, kenalah baca. Ada juga cerita yang kita orang awam ni susah nak alami. Contohnya hukuman sebat. Rasanya memang kita tak mungkin akan dapat tengok hukuman tu. Banyak lagi catatan pengalaman yang dilalui sebagai seorang wartawan yang menarik. Berbaloi untuk membacanya.
Sunday, 1 October 2017
Cikgu Kelas Sebelah - Fadli Salleh
Tajuk: Cikgu Kelas Sebelah
Penulis: Fadli Salleh
Penerbit: Komrad Buku
Harga: RM 20.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
Cetakan pertama 2017
Sinopsis Belakang Buku:
Orang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus membara.
Aku mahu mengajar dengan gembira dan mahu murid belajar dengan seronok. Jadi ini yang sering aku lakukan. Aku suka bermain watak seorang kawan kepada murid. Watak guru di luar daripada kebiasaan. Watak yang paling kurang, menyeronokkan aku dan memberi semangat untuk terus bertahan di arena yang makin mencabar.
Saat kau bersama murid, sebenarnya masih sama seperti dulu-dulu. Kau dan murid, di dalam kelas, kaulah raja. Kalau kau raja yang bijak, kau tadbirlah negeri kecil kau dengan bijaksana, persetankan segala bebanan yang menunggu. Saat melangkah masuk kelas, ingatlah: Kau Raja!
Jom join aku jadi guru di luar daripada kebiasaan. Jom jadi 'Raja' di dalam 'negeri kecil' yang penuh dengan kegembiraan.
Try baca dulu page 35, 105 & 125.
Komen:
Cerianya sinopsis buku ni. Isi dalam pun penuh dengan kisah banyak kisah ceria. Kebetulan pula, penulis ni guru sekolah rendah, maka memanglah banyak kisah-kisah ceria. Maklumlah.... budak-budak kecil. Kerenahnya memang mencuit hati walaupun kadang-kadang menduga kesabaran.
Kisah suka duka seorang guru sekolah rendah. Dalam banyak keadaan, memang betul kata pepatah, "Don't judge a book by its cover." Saya sebagai guru sekolah menengah pun banyak mengalami kisah seperti penulis. Banyak kali, masalah disiplin yang timbul di sekolah, berpunca dari rumah. Serba salah di buatnya. Nak dikenakan tindakan, bukan salah pelajar 100%. Keadaan yang memaksa mereka jadi sebegitu rupa. Nak dilepaskan sahaja, tak adil pula untuk pelajar lain. Kalau dihubungi ibu bapa, ada pelbagai respon. Ada yang beri kerjasama. Ada yang langsung menyepi. Ada yang lepaskan semuanya pada guru. Ada yang menyuruh cikgu terus telefon polis supaya ditangkap saja anaknya. Dia sudah tak mahu bertanggung jawab! Itu kisah pahitnya. Dalam setiap kisah, pasti ada juga yang manisnya. Ada yang melucukan. At the end of the day, selalunya saya selalu teringatkan anak sendiri. Elokkah perangai anak saya di sekolah? Adakah cikgunya sanggup melayan kerenah anak saya? Anak-anak kita ni, ada kalanya pelakon handalan. Depan kita lain perangainya, belakang kita, lain. Mungkin itu juga salah satu faktor ibu bapa kurang percaya bila pihak sekolah memanggil mereka ke sekolah atas urusan disiplin.
Anyway, bagi yang ingin menyelami kerjaya guru, bolehlah membaca buku ini. Mungkin boleh menyelami sedikit apa yang perlu kami hadapi setiap hari. Kerja kami bukan hanya mengajar dalam kelas, tapi lebih dari itu. Dan kerja kami bukan hanya dari 7.30 pagi hingga 2.30 petang. Selalunya lebih dari itu. Kadang-kadang sampai ke hujung minggu. Kita semua satu masa dulu pernah jadi pelajar. Bayangkanlah bagaimana guru-guru kita dulu menghadapi kerenah kita dari mula kita darjah 1 (atau tadika) hinggalah habis SPM / STPM.
Sunday, 24 September 2017
Mentaliti Jamban - Khairul Abdullah
Tajuk: Mentaliti Jamban
Penulis: Khairul Abdullah
Penerbit:Komrad Buku
Harga: RM 25.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 28.00 (Sabah & Sarawak)
Cetakan Ketiga 2016
Sinopsis belakang buku:
Bacalah buku ini. Orang yang tak baca, beraknya tak puas.
Try baca dulu bab 5, 15 & 29.
Komen:
Simple je sinopsisnya. Selaras dengan gambar jamban di kulit depannya. Kulit depannya dilubangkan di bahagian lubang najis. Rupanya, bila diselak, ada gambar tengkorak yang berisi otak. Memang kena betullah dengan tajuk "Mentaliti Jamban" kan.
Buku ni banyak menegur sikap kita. Kita yang kadang-kadang perasan bagus, tapi rupa-rupanya banyak sikap kita yang tak elok. Malah, Tak selaras dengan ajaran Islam.
Kenapa dicadangkan baca bab 5, 15 & 29 dulu?
Bab 5 - Tahi.
Berkaitan dengan tandas, terutama tandas awam. Isu ni rasanya dari saya kecil lagi dah timbul. Dan memang betul pun apa yang ditulis tu. Banyak tandas yang kotor selepas digunakan. Tak 'flush', kalau terpercik, tak dibersihkan betul-betul. Tisu tak dibuang betul-betul dalam tong sampah yang disediakan. Kalau tandas perempuan pulak, lampin pakai buang anak juga kadang-kadang tak dibuang dengan betul.
Teringat masa sekolah & universiti dulu, saya cuma ke tandas awam kalau betul-betul terpaksa saja. Itupun, kadang-kadang saya terpaksa bersihkan dulu tandas tu. Mujurlah sekarang ni, ada peningkatan. Terutama di tandas lebuhraya.
Ramai yang tak kisah dengan penggunaan air. Buka paip besar-besar, sedangkan air yang nak digunakan tu bukannya banyak sangat pun. Kita semua maklum yang Rasulullah saw memang melarang kita membazir. Dalam Quran pun ada disebut yang membazir tu amalan syaitan kan. Tengok sajalah masa nak ambil wudhu'. Sampai lencun baju pun ada. Lantai jangan ceritalah. Sampaikan kain pengesat kaki pun tak dapat nak tampung air dari kaki kita, sampai geli nak pijak.
Bab 15 - Janji Melayu, Cina, dan India, Semua Sama Sahaja!
Ini kisah sikap kita yang susah nak menepati masa. Kalau dah lambat, banyak alasan. Kalau ditanya, asyik "On the way" aje. Juga, isu yang dah lama wujud. Entah bila nak selesai.
Bab 29 - Pisang Dan Masjid
Lagi sekali, isu kebersihan. Ramai orang bersedekah di masjid. Contohnya pisang. Dah makan, kulitnya dibuang merata-rata. Bukan it saja, kadang-kadang kalau nasi lemak yang disedekahkan, pembalutnya juga dibuang merata-rata. Inilah akibatnya bila ilmu yang ada tak diamalkan. Dari kecil lagi kita diajar jangan buang sampah merata-rata. Di sekolah pun diajar benda yang sama. Mana silapnya?
Ada 31 bab semuanya. Memang semuanya sangat berkait dengan kita. Ada yang saya alaminya juga. Isu troli di pasar raya misalnya. Nampaknya macam semakin teruk jadinya. Kita ni jadi semakin malas kah? Atau kita ni jadi orang yang semakin mementingkan diri sendiri, sampai tak peduli langsung orang lain? Apa salahnya kita hantar semula di tempat yang dah disediakan? Jauh? Anggap aje it sebagai "exercise". Lagipun rakyat Malaysia kan paling obes di Asean. Tak percaya? Rujuk keratan akhbar Utusan Malaysia 15 November 2011. Bolehlah bakar sikit kalori tu yang banyak tu.
Banyak pulak komennya. Mengalahkan penulis buku pulak. Silalah baca. Sekurang-kurangnya boleh kita muhasabah diri sendiri, ya tak?
Wednesday, 17 May 2017
Reminiscing The Past
I accidentally sign up the google photos back up the other day, and guess what? I found quite a few photos that I thought I've lost forever....
Well, brings back the memories... some hilarious, others were simply beautiful, spontaneous.
Well, brings back the memories... some hilarious, others were simply beautiful, spontaneous.
![]() |
| Perak Turf Club Equestrian Training Centre |
![]() |
| Ipoh Railway Station |
![]() | |
| Trip to Petrosains KLCC |
![]() |
| Mariner's compass |
![]() |
| Replica of Masjid An-Nabawi and its compound |
![]() |
| Playing with dry ice - bought a cake from Baskin & Robbins and got the dry ice |
![]() |
| Putra Jaya Mosque |
![]() |
| Grow your own crystal - bought at Petrosains KLCC Gift Shop |
![]() |
| Sports Day 2013 |
![]() |
| Some of these..... I haven't even finished reading!!! |
Sunday, 15 January 2017
Bacalah!
Wahyu pertama yang diturunkan. Surah al-'Alaq ayat pertama. "Bacalah!" Rasanya semua orang tahu tentang ayat ini. Tapi, berapa ramai yang menghayatinya?
Belum jumpa lagi dengan statistik terkini, tapi Laporan statistik Perpustakaan Negara Malaysia 2010, purata buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia ialah dua hingga lapan buah buku setahun. Walaupun masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat negara lain, sekurang-kurangnya ada juga peningkatan berbanding satu masa dulu cuma dua mukasurat setahun!
Saranan untuk memupuk minat membaca (dipetik dari majalah Solusi isu 76, ms 38):
1. Lazimi membaca bismillah - tanpa izin Allah, semuanya sia-sia, dan juga supaya hati kita lebih terarah.
2. Mulakan dengan bacaan ringan - perlahan-lahan tingkatkan dengan bahan bacaan yang lebih berat. Boleh juga mula dengan bidang yang diminati, misalnya kalau minat sains, belilah majalah / komik berunsur sains dulu. Kalau minat merantau, belilah buku travelog.
3. Dampingi rakan ulat buku - sedikt sebanyak, ada juga terjangkit sifat membacanya.
4. Bina perpustaaan mini - tak perlu canggih-canggih. Cukup demgan rak "diy" dulu.
5. Buat sasaran bacaan - tulis sasaran bacaan untuk setahun. Kalau itupun rasa berat, tak apa. Buatkan sasaran untuk habiskan membaca buku yang sudah dibeli dalam satu jangka masa, mungkin tiga hari, seminggu atau dua minggu.
6. Baca kisah hebat tokoh - ulama-ulama besar, jika dibaca kisah hidupnya, pasti kita dapati mereka ini banyak membaca.
Saya nak tambah sikit. Ini yang saya buat.
7. Curi-curi masa - semasa menunggu anak habis sekolah, saya sentiasa pastikan dalam kereta saya ada majalah ilmiah. Saya jenis cepat bosan. Jadi majalah adalah cara terbaik (bagi saya) untuk dapatkan ilmu terutamanya dalam topik/bidang yang saya tak minat sebab biasanya isi kandungan majalah adalah ringkas dan padat. Daripada membuang masa termenung dalam kereta / luar kereta, baiklah baca majalah tu. Selain itu, sambil menunggu sesuatu acara bermula, atau terpaksa mengikut suami ke majlis yang tak "sejiwa" dengan saya, atau terpaksa menunggu dia habiskan kerjanya. Ini cara saya.
8. Tonton dokumentari - sangatlah poyo kan! Tapi, ini cara saya. Nak harapkan saya baca buku sejarah, rasanya buku tu yang "baca" saya. Baiklah tengok dokumentari. Dalam youtube berlambak-lambak. Cuma cari masa. Ataupun, muatturun (download) dulu, kemudian, bila-bila lapang, tengoklah.
Subscribe to:
Comments (Atom)





































