Sunday, 15 January 2017
Bacalah!
Wahyu pertama yang diturunkan. Surah al-'Alaq ayat pertama. "Bacalah!" Rasanya semua orang tahu tentang ayat ini. Tapi, berapa ramai yang menghayatinya?
Belum jumpa lagi dengan statistik terkini, tapi Laporan statistik Perpustakaan Negara Malaysia 2010, purata buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia ialah dua hingga lapan buah buku setahun. Walaupun masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat negara lain, sekurang-kurangnya ada juga peningkatan berbanding satu masa dulu cuma dua mukasurat setahun!
Saranan untuk memupuk minat membaca (dipetik dari majalah Solusi isu 76, ms 38):
1. Lazimi membaca bismillah - tanpa izin Allah, semuanya sia-sia, dan juga supaya hati kita lebih terarah.
2. Mulakan dengan bacaan ringan - perlahan-lahan tingkatkan dengan bahan bacaan yang lebih berat. Boleh juga mula dengan bidang yang diminati, misalnya kalau minat sains, belilah majalah / komik berunsur sains dulu. Kalau minat merantau, belilah buku travelog.
3. Dampingi rakan ulat buku - sedikt sebanyak, ada juga terjangkit sifat membacanya.
4. Bina perpustaaan mini - tak perlu canggih-canggih. Cukup demgan rak "diy" dulu.
5. Buat sasaran bacaan - tulis sasaran bacaan untuk setahun. Kalau itupun rasa berat, tak apa. Buatkan sasaran untuk habiskan membaca buku yang sudah dibeli dalam satu jangka masa, mungkin tiga hari, seminggu atau dua minggu.
6. Baca kisah hebat tokoh - ulama-ulama besar, jika dibaca kisah hidupnya, pasti kita dapati mereka ini banyak membaca.
Saya nak tambah sikit. Ini yang saya buat.
7. Curi-curi masa - semasa menunggu anak habis sekolah, saya sentiasa pastikan dalam kereta saya ada majalah ilmiah. Saya jenis cepat bosan. Jadi majalah adalah cara terbaik (bagi saya) untuk dapatkan ilmu terutamanya dalam topik/bidang yang saya tak minat sebab biasanya isi kandungan majalah adalah ringkas dan padat. Daripada membuang masa termenung dalam kereta / luar kereta, baiklah baca majalah tu. Selain itu, sambil menunggu sesuatu acara bermula, atau terpaksa mengikut suami ke majlis yang tak "sejiwa" dengan saya, atau terpaksa menunggu dia habiskan kerjanya. Ini cara saya.
8. Tonton dokumentari - sangatlah poyo kan! Tapi, ini cara saya. Nak harapkan saya baca buku sejarah, rasanya buku tu yang "baca" saya. Baiklah tengok dokumentari. Dalam youtube berlambak-lambak. Cuma cari masa. Ataupun, muatturun (download) dulu, kemudian, bila-bila lapang, tengoklah.
Labels:
Baca,
minat membaca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment