Anyway, berkat dorongan seorang kawan ni, berjayalah mengharungi hari pertama kelas tu. Dia siap bagi senarai apa nak beli tau. Dua kali, sebab senarai yang first tu dah ke mana hilangnya, salah letak kot.
![]() |
| Tu dia senarainya. |
First day, hari Isnin pukul 10.30 pagi. Dah buat appointment dengan pengajar tu. Hari Jumaat sebelumnya, telefon dan tanya macam-macam. Bagi sesiapa yang tinggal di Ipoh dan teringin nak belajar menjahit, bolehlah pergi ke Institute Jahitan Foong Foong. Alamatnya, 47A, Main Road, Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh. Sederet dengan Kedai Zeenath (kedai runcit) & Poliklinik Manjit. Dalam Google map, better cari Kedai Zeenath. Senang sikit.
Yurannya RM 380 untuk 24 jam (setakat 2017). Tak tahulah kot-kot masa depan naik pulak. Kos hidup sekarang kan semakin meningkat.
Sebelum mula, dia beri 3 benda - sehelai kertas pink, sehelai kertas kuning & pembaris kertas. Yang ini kena bayar RM 1.50. Pembaris tu rupa-rupanya pembaris berskala. Nak lukis pola baju, mesti muat dalam bukukan, jadi pembaris tu akan "kecikkan" ukuran yang sebenarnya.
Hari pertama, cuma belajar lukis pola baju je. Oh ya, kita boleh request nak belajar pattern yang kita nak. Saya pilih baju kurung yang ada pesak tu. Sebabnya, fesyen ni tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman (betul ke pepatah ni?), dengan kata lain, evergreen. Betul tak?
![]() |
| Hasil hari pertama. |
Rasa tepu kepala otak ni walaupun itu je yang kita hadap selama 2 jam. Maklumlah, ilmu menjahit ni memang zero. Mak pulak menjahit stail orang lama, ambil baju lama, tekap, gunting dan terus jahit. Tak ada pola-polanya. Blur jugak mula-mula tu. Mujur cikgunya baik.
Okaylah, nanti kita sambung. Bye!



No comments:
Post a Comment