Friday, 13 October 2017

Kriminal - Syahril A. Kadir



Tajuk:  Kriminal - Catatan Seorang Wartawan Jenayah
Penulis:  Syahril A. Kadir
Penerbit: Buku Pojok PLT
Cetakan:  Pertama 2016
Harga:  RM 27.00 (Semenanjung)
             RM 30.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis Belakang Buku:

Apa yang terkandung di dalam buku ini hanyalah 'sedikit' daripada perjalanan hidup aku sebagai seorang wartawan yang juga 'sedikit'.  Tetapi yang 'sedikit' itu adakalanya boleh menjadi 'lebih'.

Hidup ini penuh rencah dan warna.  Hitam dan putih mendasarinya.  Menjadi wartawan sebenarnya memberi peluang kepada aku untuk menyusuri dengan lebih dekat hitam dan putih dalam kehidupan.  Setiap hari sebagai wartawan jenayah, ada sahaja berita sedih dan menghibakan yang terpaksa aku tulis, bagi orang baca.

Dan aku sebagai tukang tulis tidak punya pilihan.  Melaporkan yang betul dan benar itu satu kewajiban.  Buku ini merupakan antara 'koleksi' peristiwa-peristiwa yang terpaksa aku nukilkan sama ada ia berita sedih atau menjengkelkan.

Bacalah dengan mata dan hati terbuka kerana ketika menulisnya, mata dan hati aku tak pernah tertutup.

Komen:

Buku ini dibeli pada 28 Disember 2016 lagi.  Tapi tak sempat dibuat ulasan kerana pelbagai sebab.  Makanya, cetakan di atas mungkin dah berubah sekarang.  Nama Syahril A. Kadir ni saya tak 'familiar' mungkin sebab sekarang saya jarang baca surat khabar.  Jumpa secara tak sengaja dan nampak sekali lagi namanya masa kes Ops Daulat di Lahad Datu.

Ini ialah catatan penulis tentang pengalamannya semasa menjadi wartawan jenayah.  Pahit maung untuk dapatkan berita.  Pengalamannya berjumpa dengan beberapa orang penting, dan juga semasa membuat liputan beberapa kes yang "glamour" - kes Norita, temuramah dengan pemimpin JI Indonesia - Abu Bakar Ba'asyir dan juga kes Prebet Adam.  Rupa-rupanya kes Prebet Adam ni dah menyeleweng dari fakta asal.  Kalau nak tau, kenalah baca.  Ada juga cerita yang kita orang awam ni susah nak alami.  Contohnya hukuman sebat.  Rasanya memang kita tak mungkin akan dapat tengok hukuman tu.  Banyak lagi catatan pengalaman yang dilalui sebagai seorang wartawan yang menarik.  Berbaloi untuk membacanya.

No comments:

Post a Comment