Thursday, 14 December 2017

Cikgu Bukan Ultraman - Mohd Zamri Husaini



Tajuk:  Cikgu Bukan Ultraman
Penulis:  Mohd Zamri Husaini
Penerbit:  NAQ Publications
Harga:  RM 23.90 (Semenanjung Malaysia)
             RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
Cetakan Pertama 2017

Sinopsis Belakang Buku:

Mendidik anak-anak abad ke 21 merupakan cabaran besar buat para guru hari ini.  Cara dan pendekatan yang digunakan mungkin sedikit sebanyak berbeza dengan pendekatan terdahulu.  Alvin Toffler, seorang pemikir dan futuris barat pernah menyatakan di dalam buku Rethinking The Future, bahawa "Buta huruf di abad 21 bukan hanya dialami oleh orang-orang yang tidak tahu membaca dan menulis sahaja, tetapi mereka yang tidak mahu belajar, berhenti belajar dan mengulang kembali belajar (learn, unlearn, relearn)."

Komen:

Ini buku ketiga berkenaan kerjaya guru yang saya beli.  Yang pertama,  Bukan Salah Cikgu.  Yang kedua pula, Cikgu Kelas Sebelah.

Buku ini memuatkan 30 kisah pendek dunia perguruan.  Ada kisah dengan pelajar, kisah isu-isu pendidikan dan juga perubahan yang harus dilalui oleh setiap guru.  Misalnya, isu KBAT, i-Think, TIMMS dan PISA, Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 dan banyak lagi.

Antara banyak-banyak, rasanya isu KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / HOTS - Higher Order Thinking Skills) ni yang paling banyak kesannya pada gurusebab ia berkait dengan peperiksaan.  Masyarakat kita masih lagi memandang peperiksaan itu sebagai satu-satunya alat untuk mengukur keupayaan anak masing-masing.  Jadi, bila soalan peperiksaan lebih banyak menjurus kepada KBAT, dan peratusan cemerlang pula secara kebetulannya jatuh merudum, maka melompatlah ibu bapa sekelian.  Bukanlah menidakkan peperiksaan, tapi perkembangan anak juga patut diberi perhatian.  Setiap anak tak sama keupayaannya.  Ini yang ramai ibu bapa tak faham.  Ramai yang masih memandang keputusan peperiksaan itu "the ultimate" dan yang lain-lain tu cuma sampingan saja. Maka, bila timbul masalah dalam masyarakat, semuanya menuding jari ke bidang pendidikan.  Sedangkan, Islam dah kata yang ibubapa adalah guru pertama anak-anak.

Jadi, wahai ibu bapa sekelian, cikgu-cikgu bukanlah Ultraman!

No comments:

Post a Comment