Monday, 6 June 2016
How I Became A Physicist - Viola Ho
Tajuk: How I Became A Physicist (A Journey of Self-Discovery in Science)
Penulis: Viola Ho
Penerbit: MPH Publishing
Harga: RM 29.90
Sinopsis Belakang Buku:
Have you ever thought about why you are who you are? Wondered if it was the workings of a "maturing soul", or did some ultimate science gave birth to it all? Viola Ho did, and this curiosity led her through colourful days of vibrant places, intriguing people, Oxford University and, ultimately, back home to University Malaya. In HOW I BECAME A PHYSICIST, Ho describes bits of her journey towards becoming an experimental physicist.
Komen:
I haven't been reading any non-fiction books for some time. For this school holiday (2 weeks school break), I planned on doing some readings. Didn't plan on any genre of books, just read. Plus, I still have quite a number of books that are still waiting for me to read. But this one, made me pick this up first. Firstly, I've always been interested in science. Not many books were written about female scientist, so I guess I was being biased. He he he! Second, for the past few months, life had been quite hectic and made me feel down a bit, so much so that even reading novel (which used to be my mode of escapism) would take several days to finish when normally I could have finish reading an average novel (with 200 - 300 pages) within 24 hours. So.... I hope that, since this is only 109 pages, hopefully, it can boost my spirit a bit.
The author descibes her journey to become a physicst, her ups and downs, and hope. Kind of reminding me during my student days in my secondary school and my undergraduate days. Though she faced tougher situations since studying abroad whereas I studied in local unversity, I can relate to that. Going through depression, and coming out of it is truely remarkable. Having good friends surely help a lot.
Travelling does open up our mind since we are exposed to different cultures from where we come from. The working / studying culture and also the community around you. Yes, I gathered much from my friends who had the chance to study or working abroad; and from reading this book. When she said she experienced culture shock when she came back. Talk about Malaysian culture! You gain experience that you will never get from any textbooks. It made me reflect myself. How to improve myself, even though things did not go as you wish. Things that do not kill you, will definitely make you stronger.
Happy reading!
Saturday, 4 June 2016
Bukan Salah Cikgu - Azmira Azman
Tajuk: Bukan Salah Cikgu
Penulis: Azmira Amran
Penerbit: Kopi Cetak Sdn. Bhd.
Cetakan: Pertama April 2016
Harga: RM 20.00
Sinopsis Belakang Buku:
"Nak hantar sekolah swasta tak mampu, nak pergi sekolah awam, macam-macam hal pula. Tengok surat khabar asyik keluar pasal guru dera murid."
"Sistem pendidikan kita rosak! Kami yang kat sekolah ni terperangkap dengan sistem. Semua salah orang atas!"
"Ramai cikgu yang malas. Suruh buat fail tak buat. Suruh guna cara mengajar baru, tak nak. Habis tu macam mana nak laksana polisi baru ni? Kata nak ubah sistem pendidikan."
Makin ramai orang belajar tinggi-tinggi, makin teruk sistem pendidikan kita. Macam mana jadi macam ni?
Komen:
Sebagai seorang cikgu, masa ternampak buku ni di kedai buku MPH, mata terus terpaku (cewah), disebabkan tajuknya tu. Menarik. Bukan salah cikgu? Hmm....
Tengok designnya, sebiji format kertas peperiksaan awam (PMR/SPM). Perasan tak? Lepas tu, tengok penulisnya, Azmira Amran. Tak kenal. Lepas tu pulak... Master in Education & Globalisation, UNIVERSITI OF OULU FINLAND. Hmmmmm....... Double menarik!
Sebab apa? Sebab 2 / 3 tahun lepas, saya diminta menghadiri taklimat berkenaan dengan kajian TIMMS & PISA. Disana, saya didedahkan dengan apa itu TIMMS & PISA, sejarah, objektif, negara yang terlibat.... dan macam-macam lagilah. Penceramah juga bercerita tentang negara-negara yang berada dalam top ten kajian ini. Maka timbullah nama Finland dan kisah sistem pendidikannya. Saya jadi "curious". Sangat-sangat.
Sekarang saya mengajar dalam subjek Sains. Sebelum ini Kimia (lebih kurang 20 ++ tahun). Selama mengajar kimia, KEBANYAKAN pelajar yang memasuki aliran sains, lupa apa yang telah dipelajari semasa di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 - 3). Saya terpaksa mengulang balik konsep asas yang sepatutnya mereka tahu. Penat. Sebab kebetulannya saya mengajar di sekolah yang prestasinya baik di kalangan daerah saya. Maka, tekanan untuk sentiasa menghasilkan peratusan lulus / cemerlang yang tinggi sangat ditekankan. Setiap kali mesyuarat post mortem peperiksaan, saya akan tension. Perlu ada sebab yang munasabah kenapa peratusan lulus begini, peratusan cemerlang begini. Alasan yang pelajar malas, tak siapkan kerja yang diberi, dan macam-macam situasi dalam kelas yang kita semua tahu (sebab kita pun pernah jadi pelajar dulu kan!) semuanya tak boleh diterima, sedangkan itu adalah antara realitinya. Akhirnya kerana nak mengejar peratusan tinggi, maka pengajaran lebih berbentuk "exam oriented". Habiskan sukatan secepat mungkin, kemudian buat latih tubi. Satu tindakan yang sangat saya tak suka sebab saya memang dari sekolah lagi (zaman pelajar) cukup tak suka dengan peperiksaan sebab saya bukan pelajar yang pandai. Yang saya perasan, saya akan lebih mengingati subjek / topik yang saya belajar, kalau saya minat atau suasana pembelajaran itu menyeronokkan. Saya cuba buat perkara yang sama terhadap pelajar saya. Saya banyak buat eksperimen, saya banyak kaitkan kimia dengan kehidupan seharian, tayangkan video atau apa saja yang ada disekeliling yang berkait dengan kimia. Sebab saya sangat percaya dengan setiap ilmu itu perlu diamalkan. Sama seperti apa yang Islam ajar. ILMU PERLU DIAMALKAN. Kalau tidak, kita diibaratkan sebagai pohon yang tidak berbuah. Tapi, macam mana nak diamalkan ilmu kalau hanya peratus atau bilangan A saja yang difikirkan. Pelajar diajar teknik untuk skor dalam peperiksaan. Bukannya bagaimana nak amalkan ilmu. Saya menyaksikan beberapa kali rombakan sukatan matapelajaran di sepanjang saya menjadi cikgu. Matlamatnya bagus - supaya ilmu tidak hanya berkisar dalam kelas, di kertas peperiksaan. Malangnya, realiti tidak begitu. Masyarakat masih memandang bilangan A. Maka, buatlah berapa kali "rebranding" sukatan pelajaran pun, selagi minda masyarakat (dan tidak dinafikan sebahagian guru) tidak berubah, kita akan berada di takuk yang lama. Memang ada rakan guru yang mempertikaikan cara saya yang tak berapa menekankan sangat latih tubi ini. Memang tension. Jiwa saya memberontak. Bila PBS dilaksanakan, sekolah menghantar saya menghadiri kursus. Saya seronok, sebab saya rasakan yang PBS ini lebih menekankan PENGAMALAN ILMU. Bila disebarkan pada guru, ada yang menyambut baik, ada yang masih keliru. Ada juga yang menolak terus. Itu belum lagi dengan ibu bapa. Macam-macam komen yang diterima, kebanyakannya negatif. Jadi, macam mana kita nak maju kalau kita tak mahu berubah?
Berbalik pada kisah Finland tadi, selepas taklimat TIMMS & PISA, balik rumah, saya mintak bantuan pakcik google & makcik youtube tentang pendidikan di Finland. Yang saya dapati, Finland asalnya adalah antara negara yang miskin di Eropah selepas perang dunia kedua, tapi boleh mengubah sistem pendidikannya dalam masa lebih kurang 30 tahun. Saya terfikir, Malaysia pun dah merdeka lebih lama daripada Finland. 1957 hingga 2015 saja sudah mengambil masa 58 tahun. Kenapa kita masih di takuk lama dalam masa 58 tahun? Jepun pun tak mengambil masa yang terlalu lama untuk berubah selepas letupan bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki. Pada pandangan saya, semuanya bermula pada SIKAP.
Sebagai guru, saya tak minta kita jadi Finland. Di Finland sendiri, perubahan polisi masih berlaku. Cukuplah kalau setiap lapisan masyarakat sedar yang kita perlu berubah. Ubah semula mindset kita tentang makna pembelajaran, kejayaan dan tujuan belajar. Belajar bukan untuk dapat kerja. Belajar untuk cari ilmu. Ilmu bukan hanya untuk peperiksaan. Memang peperiksaan penting, tapi ia bukan segala-galanya. Setiap orang dilahirkan sebagai orang yang cemerlang. Sperma yang cemerlang sahaja yang mampu mensenyawakan ovum dan berkembang menjadi manusia. Cemerlang kita tidak sama. Jadi kita perlu mula mengubah sudut pandang kita terhadap konsep belajar. SEMUA ORANG. Bukan hanya cikgu. Bukan hanya orang yang terlibat dengan Kementerian Pelajaran atau Lembaga Peperiksaan atau Institusi Perguruan.
Saya memang bersetuju dengan penulis tentang pandangannya. Ini pandangan saya. Kalau ada yang masih bersetuju dengan kaedah lama, bacalah buku ini dengan minda yang terbuka. Agree to disagree.
Malang memang tak berbau...
Selepas lebih kurang 24 tahun dapat lesen memandu, untuk pertama kalinya.... roda keretaku masuk longkang! Memalukan sungguh!
Tujuannya nak menghantar anak ke khenduri khatam Quran kawannya. Guna google maps sebab tak pernah sampai ke taman perumahan tu. Rupa-rupanya, rumah kawan tu di hujung jalan, dan nak keluar balik, kena reverse dulu kereta. Akibat tak perasan yang simen penutup longkang tu kecik aje, maka "selamat"lah roda tu termasuk dalam longkang! Terpaksalah meminta tolong orang yang datang khenduri tu tolong angkat/tolakkan kereta...
Lepas berhempas pulas, maka selamatlah kereta ku! Alhamdulillah.... Hanya ucapan terima kasih yang dapat diucapkan. Mudah-mudahan diberkati semua yang menolong tadi dan dipermudahkan segala urusan mereka. Amiin .
Tujuannya nak menghantar anak ke khenduri khatam Quran kawannya. Guna google maps sebab tak pernah sampai ke taman perumahan tu. Rupa-rupanya, rumah kawan tu di hujung jalan, dan nak keluar balik, kena reverse dulu kereta. Akibat tak perasan yang simen penutup longkang tu kecik aje, maka "selamat"lah roda tu termasuk dalam longkang! Terpaksalah meminta tolong orang yang datang khenduri tu tolong angkat/tolakkan kereta...
Lepas berhempas pulas, maka selamatlah kereta ku! Alhamdulillah.... Hanya ucapan terima kasih yang dapat diucapkan. Mudah-mudahan diberkati semua yang menolong tadi dan dipermudahkan segala urusan mereka. Amiin .
Diagnosis: Apokalips
| Diagnosis Apokalips |
Ok lah, jom kita tengok details buku ni.
Tajuk: Diagnosis Apokalips
Penerbit: WhiteCoat Enterprise
Cetakan: Pertama Mac 2016
Harga: Semenanjung Malaysia: RM 25.00
Sabah/Sarawak: Tidak dinyatakan
Sinopsis Muka Belakang Buku:
Kilat sabung-menyabung dan guruh berdentum bersahut-sahutan penyentak lamunan. Luruan hujan yang turun persis tujahan peluru mortar yang kebingungan tidak ketahuan mana awalan atau akhiran. Halus sapaan Tuhan mahu bertanya khabar iman.
Kata environmentalis, ini kesan rumah hijau, walhal dari fakta-fakta yang dihurai itu hanya sedikit yang ambil hirau. Selagi bukan empunya diri ditimpa bencana, mengapa perlu galau?
Itu kita. Penghuni zon selesa yang akan terjaga hanya bila kita sendiri yang terbenam dalam air bah yang menggila.
Cerita Nuh, Luth, Syuaib, Kaum Tsammud, Fir'aun & Qarun, kita lupa dan menganggap hanya dongengan semata-mata.
Sebelum dibaca tinta ini, baca dulu tintaNya ini.
"Patutkah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka leka bermain-main? (7: 97-98)
Jadi, ke mana mahu lari?
Moga saat kamu tamat membaca buku ini, kamu bisa menjawab dengan tenang hati, "Pada Ilahi."
Monday, 1 February 2016
Kesilapan dalam komunikasi
![]() |
| credit to: http://www.crbm.cnrs.fr/index.php/en/science-communication |
1. 'One size fits all'.
Kita andaikan cara kita menyampaikan sesuatu maklumat itu akan difahami oleh semua orang yang menerimanya. Sedangkan kita ada pelbagai jenis orang dari pelbagai latar belakang. Kalau di pejabat, pekerja kita dari golongan profesional hingga ke staf sokongan, tak mungkin boleh disampaikan dengan cara yang sama. Sama juga dengan anak-anak - ada yang boleh bertindak dengan bercakap sahaja, sedangkan anak yang lain mungkin perlu dibuat sedikit tunjuk ajar barulah berkesan.
2. 'Channel selection'.
Perlu pilih medium yang sesuai mengikut keperluan semasa. Jika ada tugasan yang 'urgent', lebih baik bersemuka daripada menghantar arahan melalui e-mel, telefon, sms, whatsapp atau memo.
3. 'It's not what you see, but how you see it'.
Adakalanya berlaku salah faham bukan kerana isi (content), tapi kerana intonasi atau gaya semasa kita memberikan arahan.
10% of conflict is due to miscommunication, but 90% of conflict is due to wrong intonation.
4. 'React vs respond'.
Adakah kita jenis orang yang cepat 'melatah' atau tenang? Orang yang react selalunya bertindak secara melulu dan spontan tanpa memikirkan dulu sebab/ akibat tindakan yang akan diambilnya. Apapun, kita seharusnya menjadi orang yang tenang dan beri sedikit masa sebelum melakan apa-apa tindak balas.
5. Ketara sedar.
Kita perlu sentiasa sedar dengan apa yang kita katakan atau lakukan kerana impaknya akan datang semula pada diri kita. Oleh itu, sebelum bertindak, eloklah guna petua ini:
T - Is it true?
H - Is it helpful?
I - Is it inspiring?
N - Is it necessary?
K - Is it kind?
Semoga apa yang saya dapat ini boleh meningkatkan kemahiran komunikasi kita.
Sunday, 31 January 2016
Menjejak Sejarah Silam
Selepas lama tak berpeluang nak berjalan-jalan, akhir Disember 2015 baru merasa nak berjalan dan bercuti. Disebabkan ada adik yang tinggal di Sungai Petani, maka saya dan dua lagi adik yang boleh bercuti ni berpakat ke sana dengan keluarga masing-masing. Tema kami, pergi ke tempat yang free tapi best! Hahaha! Seronok tak? Ada ke tempat free? Ada...... tapi semestinya bukan kat shopping complex. Nak tau kami ke mana?
1. Gunung Jerai
2. Pantai Merdeka
3. Tapak Arkeologi Sungai Batu
4. Tapak Arkeologi Lembah Bujang
5. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling (Ini je yang berbayar).
Dari Ipoh, adik-adik saya pergi ke Pulau Pinang dulu, nak merasa naik Jambatan Kedua Pulau Pinang. Saya tak ikut sebab cik abang ada pulak kerja urgent yang dia kena selesaikan dulu. Tak de rezeki..... Jadi, kami terus ke Sungai Petani. Esoknya mulalah "adventure" kami (ye lah, para ibu dah lama tak bersenam). Sampai di Gunung Jerai, kononnya nak berkelah kat Telaga Tok Sheikh, tapi dah ramai orang, tak jadi kat situ. Nampak satu "trail", kami pun pergilah ke sana. Ingatkan dekat, (sebenarnya dekat, tapi disebabkan turun naik bukit, mengahlah jadinya).
Akhirnya, sampai jugak kat puncak Gunung Jerai! Fuh!!! Berpeluh dibuatnya! Tapi rasa berbaloi bila disapa angin sejuk dan pemandangan indah di puncak gunung.
Turun dari Gunung Jerai, singgah makan di tempat perkelahan dekat-dekat situ, kemudian terus ke Tapak Arkeologi Sungai Batu, Muzium Arkeologi Lembah Bujang & lagi sekali ke Tapak Arkeologi Sungai Batu (tapak ni terpisah dek jalan raya yang agak sibuk, maka kenalah berkunjung dua kali sebab rombongan kami ada budak kecik. Malas nak menyeberang berjalan kaki).
Kunjungan yang bermakna sebab ada pelajar arkeologi bertugas di situ yang membuat penerangan kepada setiap pengunjung. Diharapkan, setiap tapak arkeologi / muzium / mana-mana tempat yang berpotensi untuk memberi ilmu mempunyai petugas seperti ini. Tidaklah pengunjung yang datang itu membuat andaian dan kesimpulan sendiri yang entahkan betul atau tidak.
Penemuan tapak peleburan besi di sini mencadangkan yang tamadun di sini jauh lebih maju daripada yang disangkakan kerana kawasan Sungai Batu ini seolah-olah satu kawasan perindustrian besi dan pelabuhan yang besar. Kesan runtuhan jeti juga mencadangkan yang pelabuhan ini juga sebuah pelabuhan yang besar. Beserta kompleks pentadbiran yang juga agak luas kawasannya. Berdasarkan tarikh, tamadun ini berkemungkinan sudah wujud dari abad ke 3 Masihi! Kualiti besi di sini juga didapati yang ketiga terbaik selepas Hindi dan Yaman! Ada kemungkinan juga besi yang digunakan untuk membuat pedang di zaman Rasulullah s.a.w. juga berasal dari sini.
Di sini juga tidak dijumpai kesan-kesan yang menunjukkan penempatan manusia. Jadi, mungkin kawasan penempatan bukan di sini tapi di tempat lain. Seolah-olah kawasan Sungai Batu ini adalah kawasan "pejabat". Memang banyak sungguh ilmu yang diperolehi hari itu. Terima kasih pada adik yang bertugas sebab sabar melayani karenah kami dengan soalan-soalan loyar buruk kami! Semoga semuanya berjalan lancar dan hasilnya nanti dapat melakar sejarah baru bagi tamadun melayu yang selama ini dipandang lekeh oleh ramai orang.
Kalau nak diikutkan, banyak lagi gambar dan cerita yang nak dikongsi, tapi takut tak muat pulak hehehe! Tapi, video Majalah 3 ini juga boleh membantu. Sila-silalah tengok.
1. Gunung Jerai
2. Pantai Merdeka
3. Tapak Arkeologi Sungai Batu
4. Tapak Arkeologi Lembah Bujang
5. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling (Ini je yang berbayar).
Dari Ipoh, adik-adik saya pergi ke Pulau Pinang dulu, nak merasa naik Jambatan Kedua Pulau Pinang. Saya tak ikut sebab cik abang ada pulak kerja urgent yang dia kena selesaikan dulu. Tak de rezeki..... Jadi, kami terus ke Sungai Petani. Esoknya mulalah "adventure" kami (ye lah, para ibu dah lama tak bersenam). Sampai di Gunung Jerai, kononnya nak berkelah kat Telaga Tok Sheikh, tapi dah ramai orang, tak jadi kat situ. Nampak satu "trail", kami pun pergilah ke sana. Ingatkan dekat, (sebenarnya dekat, tapi disebabkan turun naik bukit, mengahlah jadinya).
![]() |
| Salah satu 'trail' nak ke puncak |
Akhirnya, sampai jugak kat puncak Gunung Jerai! Fuh!!! Berpeluh dibuatnya! Tapi rasa berbaloi bila disapa angin sejuk dan pemandangan indah di puncak gunung.
Turun dari Gunung Jerai, singgah makan di tempat perkelahan dekat-dekat situ, kemudian terus ke Tapak Arkeologi Sungai Batu, Muzium Arkeologi Lembah Bujang & lagi sekali ke Tapak Arkeologi Sungai Batu (tapak ni terpisah dek jalan raya yang agak sibuk, maka kenalah berkunjung dua kali sebab rombongan kami ada budak kecik. Malas nak menyeberang berjalan kaki).
Kunjungan yang bermakna sebab ada pelajar arkeologi bertugas di situ yang membuat penerangan kepada setiap pengunjung. Diharapkan, setiap tapak arkeologi / muzium / mana-mana tempat yang berpotensi untuk memberi ilmu mempunyai petugas seperti ini. Tidaklah pengunjung yang datang itu membuat andaian dan kesimpulan sendiri yang entahkan betul atau tidak.
![]() | |
| Pelajar arkeologi tu yang bert-shirt hitam, bukan biru, ok! |
![]() | |
| Kesan binaan relau bagi peleburan besi |
![]() |
| Salah satu kawasan ekskavasi |
Video Majalah 3 - Tapak Arkeologi Sungai Batu
Dracula vs Al-Fateh
![]() | |
| Gambar dari goodreads |
Tajuk: Dracula vs Al-Fateh
Penulis: Muhd Nur Iman Ramli
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.00 (Semenanjung Malaysia)/ RM 21.00 (Sabah/Sarawak)
Sinopsis muka belakang:
Katanya Al-Fateh ini kejam... betulkah?
Katanya Al-Fateh ini homoseksual... kenapa?
Katanya Dracula itu disayangi... benarkah?
Katanya Dracula itu syaitan... mengapa pula?
Di mana pula peranan nama-nama yang tidak disebut dalam Dracula Untold?
Peranan Hungary, Pope dan Radu Si Pemburu Dracula?
Mesti dapatkan, mesti beli dan mesti baca!
Ulasan:
Nama Dracula ni memang tak asing lagi sebab dari kecil dah tengok movie kisah Dracula yang ditonjolkan sebagai seorang yang menyeramkan dan dahagakan darah. Orang yang dihisap darahnya itu nanti akan jadi "dracula" juga. Dari zaman 70an hingga ke tahun 2000++, sudah banyak versi cerita dracula ini diterbitkan sampaikan saya ingatkan ini adalah salah satu cerita dongeng semata.
Bila tahun 2014, filem "Dracula Untold" diterbitkan, dengan 'official trailer'nya yang menunjukkan dracula boleh bertukar menjadai kelawar, maka saya anggap ini cuma salah satu versi dracula mengikut imaginasi penerbit/pengarah/penulis skripnya. Saya tak ambil kisahpun tentang filem itu.
Tapi satu artikel yang saya terjumpa dalam facebook tentang Dracula dan Al-Fateh ini menyebabkan saya jadi amat 'curious'. Betulkah memang ada kaitan antara Dracula dan Al-Fateh? Kebetulan pula, pada masa yang sama, masyarakat melayu Malaysia sedang dilanda 'demam' Al-Fateh.
Bila baca buku ini, memang terkejut. Mulanya rasa susah nak percaya, bukan senang nak mengubah persepsi yang berakar umbi dalam kepala yang ini sebenarnya fakta, bukan cerita dongeng. Sedihpun ada mengenangkan dua orang raja yang pernah membesar bersama dalam satu istana, akhirnya menjadi musuh ketat.
Dracula itupun rupa-rupanya memang namanya yang sebenar - Vlad Tsepesh III Dracula. Wataknya yang suka menghisap darah itu rupa-rupanya dari sikap sadis yang ditunjukkan oleh Dracula dari kecil dan semasa dia memerintah dan yang sinonim dengan Dracula - hukuman sula.
Buku ini nipis sahaja, 84 muka surat tapi padat dengan fakta sejarah Dracula dan Sultan Al-Fateh. Memang mesti baca!
Subscribe to:
Comments (Atom)















