Sunday, 31 January 2016

Dracula vs Al-Fateh

Gambar dari goodreads


Tajuk:  Dracula vs Al-Fateh
Penulis:  Muhd Nur Iman Ramli
Penerbit:  PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Harga:  RM 19.00 (Semenanjung Malaysia)/ RM 21.00 (Sabah/Sarawak)

Sinopsis muka belakang:

Katanya Al-Fateh ini kejam... betulkah?
Katanya Al-Fateh ini homoseksual... kenapa?
Katanya Dracula itu disayangi... benarkah?
Katanya Dracula itu syaitan... mengapa pula?
Di mana pula peranan nama-nama yang tidak disebut dalam Dracula Untold?
Peranan Hungary, Pope dan Radu Si Pemburu Dracula?
Mesti dapatkan, mesti beli dan mesti baca!

Ulasan:

Nama Dracula ni memang tak asing lagi sebab dari kecil dah tengok movie kisah Dracula yang ditonjolkan sebagai seorang yang menyeramkan dan dahagakan darah.  Orang yang dihisap darahnya itu nanti akan jadi "dracula" juga.  Dari zaman 70an hingga ke tahun 2000++, sudah banyak versi cerita dracula ini diterbitkan sampaikan saya ingatkan ini adalah salah satu cerita dongeng semata.

Bila tahun 2014, filem "Dracula Untold" diterbitkan, dengan 'official trailer'nya yang menunjukkan dracula boleh bertukar menjadai kelawar, maka saya anggap ini cuma salah satu versi dracula mengikut imaginasi penerbit/pengarah/penulis skripnya.  Saya tak ambil kisahpun tentang filem itu.

Tapi satu artikel yang saya terjumpa dalam facebook tentang Dracula dan Al-Fateh ini menyebabkan saya jadi amat 'curious'.  Betulkah memang ada kaitan antara Dracula dan Al-Fateh?  Kebetulan pula, pada masa yang sama, masyarakat melayu Malaysia sedang dilanda 'demam' Al-Fateh.

Bila baca buku ini, memang terkejut.  Mulanya rasa susah nak percaya, bukan senang nak mengubah persepsi yang berakar umbi dalam kepala yang ini sebenarnya fakta, bukan cerita dongeng.  Sedihpun ada mengenangkan dua orang raja yang pernah membesar bersama dalam satu istana, akhirnya menjadi musuh ketat.

Dracula itupun rupa-rupanya memang namanya yang sebenar - Vlad Tsepesh III Dracula.  Wataknya yang suka menghisap darah itu rupa-rupanya dari sikap sadis yang ditunjukkan oleh Dracula dari kecil dan semasa dia memerintah dan yang sinonim dengan Dracula - hukuman sula.

Buku ini nipis sahaja, 84 muka surat tapi padat dengan fakta sejarah Dracula dan Sultan Al-Fateh.  Memang mesti baca!


No comments:

Post a Comment