Sunday, 31 January 2016

Menjejak Sejarah Silam

Selepas lama tak berpeluang nak berjalan-jalan, akhir Disember 2015 baru merasa nak berjalan dan bercuti.  Disebabkan ada adik yang tinggal di Sungai Petani, maka saya dan dua lagi adik yang boleh bercuti ni berpakat ke sana dengan keluarga masing-masing.  Tema kami, pergi ke tempat yang free tapi best!  Hahaha! Seronok tak?  Ada ke tempat free?  Ada...... tapi semestinya bukan kat shopping complex.  Nak tau kami ke mana?

1. Gunung Jerai
2. Pantai Merdeka
3. Tapak Arkeologi Sungai Batu
4. Tapak Arkeologi Lembah Bujang
5.  Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling (Ini je yang berbayar).

Dari Ipoh, adik-adik saya pergi ke Pulau Pinang dulu, nak merasa naik Jambatan Kedua Pulau Pinang.  Saya tak ikut sebab cik abang ada pulak kerja urgent yang dia kena selesaikan dulu.  Tak de rezeki.....  Jadi, kami terus ke Sungai Petani.  Esoknya mulalah "adventure" kami (ye lah, para ibu dah lama tak bersenam).  Sampai di Gunung Jerai, kononnya nak berkelah kat Telaga Tok Sheikh,  tapi dah ramai orang, tak jadi kat situ.  Nampak satu "trail", kami pun pergilah ke sana.  Ingatkan dekat, (sebenarnya dekat, tapi disebabkan turun naik bukit, mengahlah jadinya).

Salah satu 'trail' nak ke puncak

Akhirnya, sampai jugak kat puncak Gunung Jerai!  Fuh!!!  Berpeluh dibuatnya!  Tapi rasa berbaloi bila disapa angin sejuk dan pemandangan indah di puncak gunung.
 

Turun dari Gunung Jerai, singgah makan di tempat perkelahan dekat-dekat situ, kemudian terus ke Tapak Arkeologi Sungai Batu, Muzium Arkeologi Lembah Bujang & lagi sekali ke Tapak Arkeologi Sungai Batu (tapak ni terpisah dek jalan raya yang agak sibuk, maka kenalah berkunjung dua kali sebab rombongan kami ada budak kecik.  Malas nak menyeberang berjalan kaki).


Kunjungan yang bermakna sebab ada pelajar arkeologi bertugas di situ yang membuat penerangan kepada setiap pengunjung.  Diharapkan, setiap tapak arkeologi / muzium / mana-mana tempat yang berpotensi untuk memberi ilmu mempunyai petugas seperti ini.  Tidaklah pengunjung yang datang itu membuat andaian dan kesimpulan sendiri yang entahkan betul atau tidak.

Pelajar arkeologi tu yang bert-shirt hitam, bukan biru, ok!
 Penemuan tapak peleburan besi di sini mencadangkan yang tamadun di sini jauh lebih maju daripada yang disangkakan kerana kawasan Sungai Batu ini seolah-olah satu kawasan perindustrian besi dan pelabuhan yang besar.  Kesan runtuhan jeti juga mencadangkan yang pelabuhan ini juga sebuah pelabuhan yang besar.  Beserta kompleks pentadbiran yang juga agak luas kawasannya.  Berdasarkan tarikh, tamadun ini berkemungkinan sudah wujud dari abad ke 3 Masihi!  Kualiti besi di sini juga didapati yang ketiga terbaik selepas Hindi dan Yaman!  Ada kemungkinan juga besi yang digunakan untuk membuat pedang di zaman Rasulullah s.a.w. juga berasal dari sini.



Kesan binaan relau bagi peleburan besi




Salah satu kawasan ekskavasi
Di sini juga tidak dijumpai kesan-kesan yang menunjukkan penempatan manusia.  Jadi, mungkin kawasan penempatan bukan di sini tapi di tempat lain.  Seolah-olah kawasan Sungai Batu ini adalah kawasan "pejabat".  Memang banyak sungguh ilmu yang diperolehi hari itu.  Terima kasih pada adik yang bertugas sebab sabar melayani karenah kami dengan soalan-soalan loyar buruk kami!  Semoga semuanya berjalan lancar dan hasilnya nanti dapat melakar sejarah baru bagi tamadun melayu yang selama ini dipandang lekeh oleh ramai orang.



















Kalau nak diikutkan, banyak lagi gambar dan cerita yang nak dikongsi, tapi takut tak muat pulak hehehe!  Tapi, video Majalah 3 ini juga boleh membantu.  Sila-silalah tengok.

Video Majalah 3 - Tapak Arkeologi Sungai Batu







No comments:

Post a Comment