Saturday, 4 June 2016

Diagnosis: Apokalips

Diagnosis Apokalips
Baru habis baca buku ni.  Semuanya tentang banjir besar di Malaysia Disember 2014.  Himpunan cerita-cerita para doktor yang menulis dalam buku ini.  Tentunya berdasarkan pengalaman masing- masing walaupun ianya lebih kepada fiksyen dan nama watak telah diubah.  Semuanya dari perspektif mereka sebagai pasukan yang membantu dan menyelamat.  Sesuai dengan tajuk "Apokalips" - peristiwa yang melibatkan kemusnahan yang hebat (Kamus dwibahasa Oxford Fajar, Edisi Kelima).  Koleksi cerita ini memang menginsafkan. Ajal dan maut memang di tangan Tuhan, namun kita mesti berusaha sebelum mengalah.

Ok lah, jom kita tengok details buku ni.

Tajuk:   Diagnosis Apokalips
Penerbit:   WhiteCoat Enterprise
Cetakan:   Pertama Mac 2016
Harga:  Semenanjung Malaysia:  RM 25.00
            Sabah/Sarawak:  Tidak dinyatakan

Sinopsis Muka Belakang Buku:

Kilat sabung-menyabung dan guruh berdentum bersahut-sahutan penyentak lamunan.  Luruan hujan yang turun persis tujahan peluru mortar yang kebingungan tidak ketahuan mana awalan atau akhiran.  Halus sapaan Tuhan mahu bertanya khabar iman.

Kata environmentalis, ini kesan rumah hijau, walhal dari fakta-fakta yang dihurai itu hanya sedikit yang ambil hirau.  Selagi bukan empunya diri ditimpa bencana, mengapa perlu galau?

Itu kita.  Penghuni zon selesa yang akan terjaga hanya bila kita sendiri yang terbenam dalam air bah yang menggila.

Cerita Nuh, Luth, Syuaib, Kaum Tsammud, Fir'aun & Qarun, kita lupa dan menganggap hanya dongengan semata-mata.

Sebelum dibaca tinta ini, baca dulu tintaNya ini.

"Patutkah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?  Atau patutkah penduduk negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka leka bermain-main? (7: 97-98)

Jadi, ke mana mahu lari?

Moga saat kamu tamat membaca buku ini, kamu bisa menjawab dengan tenang hati, "Pada Ilahi."

No comments:

Post a Comment