Sunday, 29 March 2015

Transformasi

Dah mula penyakit blog bersawang.  Rasa nak tulis, tapi tak dapat nak kembangkan idea.  Nak review buku........ penyakit M (malas) pulak bermaharajalela.  Nak tulis tentang isu semasa - kapal terbang German yang terhempas?  Banyak blog lain yang boleh ulas, lagipun tak kuasa nak buat research.  Macam biasa, ada yang skeptikal & ada yang nak kaitkan dengan Islam pulak!? 

Semalam kena hadir LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan), sekarang dipanggil CDP (Continuous Professional Development - Pembangunan Profesional Berterusan).  Penceramahnya seorang tokoh yang selalu dipanggil untuk memberi motivasi di TV dan radio.  Isi kandungannya bagus. Berkenaan transformasi dalam pendidikan dalam abad ke 21.  Tapi biasalah, tajuk berat-berat macam ni, ramai yang tak boleh nak fokus untuk jangka masa yang lama.  Faham.  Tapi, sebagai guru, terkilan jugak bila yang duduk di belakang tu bercakap tak henti-henti.  Macam-macam cerita.  Kita marahkan student kita tak beri perhatian bila kita mengajar, tapi sekarang, bila ada orang lain tengah beri ilmu, kita pun dua kali lima dengan student kita.  Macam mana ni?

Tak dinafikan, bidang perguruan ni secara umumnya dipandang mulia.  Islam pun pandang tinggi pada guru.  Disuruh hormat pada yang memberi ilmu.  Tapi realitinya masyarakat kita sekarang, walaupun di mulut kata hormat guru, tapi tindak-tanduk kita tak selari dengan apa yang dikata.  Nak salahkan siapa?  Tak payah cari salah orang.  Tengok diri sendiri cukup.  Kita nak orang hormat pada kita, jadi kita kena buat benda yang sama pada orang kan.



Ini bukan kali pertama situasi ini diperhatikan (cewah! ayat cikgu sains!).  Sepanjang 20++ tahun jadi cikgu dan hadir banyak kursus / seminar.  Macam inilah suasananya.  Penceramah bercakap di depan, kita bercakap di belakang.  Fokus sekali-sekala, lepas tu buat kesimpulan sendiri.  "Mental block" yang sedia ada tak diruntuhkan. Bila diminta sampaikan pada rakan sejawat yang tak hadir kursus, maka kesimpulan yang tak berapa nak mantap itulah yang diberi.  Akhirnya, salah faham yang sedia ada tak dapat dirungkaikan dan akan berterusan selagi tak ada kesedaran diri.  Bak kata Einstein,

The definition of insanity is doing the same thing over and over and expecting different results.(Albert Einstein)


 Nak mencapai negara kelas pertama, minda juga kena kelas pertama.


Everyone thinks of changing the world, but no one things of changing himself.
(Leo Tolstoy)


 Rasanya cukuplah membebel setakat ini.  Ini juga peringatan untuk diri sendiri.


A002 
 Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
 
A003 
 Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(As-Saff 61:2-3)


Akhir kalam, satu lagi quote:


No comments:

Post a Comment