Wednesday, 6 May 2015

Pertabalan Sultan Perak 2015

Being a Perakian, today is one of the day that I'm proud of.  It's the coronation day of the 35th Sultan of Perak - Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.


A little bit on the Sultan's profile (credit to http://live.utusan.com.my/Event/Istiadat_Pertabalan_Sultan_Perak_Ke-35_6_Mei_2015)

Profil: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah diputerakan pada 27 November 1956.

Dalam hierarki Kesultanan Negeri Perak, Baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987. Setelah kemangkatan ayahanda Baginda, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih Baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014.

Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah dari darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur.

Setelah berusia 13 tahun, Baginda berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge. Baginda kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Baginda adalah Fellow Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Fellow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Malaysia Institute of Defense and Security); Fellow Diraja Institut Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia (Institute of Strategic and International Studies); Fellow Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia; dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Duli Yang Maha Mulia telah berkenan menerima jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Terutama Ban Ki-moon, untuk mengambil tanggung jawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Baginda pernah memenuhi peranan sebagai Duta Khas Malaysia menghadiri Dialog Antara Agama dan Antara Kebudayaan di konferens Perikatan Peradaban anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Baginda diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai Canselor keempat Universiti Malaya berkuatkuasa 16 Julai 2014.

Pada 14 Ogos 2014, Baginda telah berkenan menjadi Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda telah diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan telah dikurniakan dengan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011. 



Profil: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim telah diputerakan pada 22 Mac 1973 di Ipoh, Perak. Baginda adalah anak bongsu daripada empat beradik kepada Yang Berbahagia Dato’ Salim Davidson dan Yang Teramat Mulia Datin Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabudin.

Duli Yang Maha Mulia telah melalui persekolahan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Ipoh dan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Ipoh, seterusnya mengikuti pengajian peringkat A-Level di Prime College, Kuala Lumpur.

Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian di University of Nottingham, United Kingdom dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) Kejuruteraan Kimia.

Sekembalinya dari United Kingdom pada tahun 1995, Baginda bertugas di PETRONAS, syarikat petroleum negara, selama enam tahun sebelum memegang jawatan di Formis Malaysia Berhad, sebuah syarikat teknologi maklumat.

Pada tahun 2005, Baginda menjawat jawatan Pengarah Urusan di Forthwave Consulting Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding hidrokarbon.

Baginda juga seorang yang aktif dalam pelbagai aktiviti sukan dan sewaktu dibangku sekolah pernah mewakili Negeri Perak dalam sukan renang.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim telah diijabkabulkan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pada 17 Mei 2007.

Pada 18 Mei 2007, Baginda dimasyhurkan dengan gelaran Raja Puan Besar Perak dan pada 20 Jun 2014, dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Duli Yang Maha Mulia telah dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan seorang puteri, Raja Nazira Safya.

Sejenis bunga orkid hibrid berwarna ungu telah dinamakan ‘Dendrobium Tuanku Zara Salim’ sempena keberangkatan lawatan Baginda ke Festival Orkid Antarabangsa ketujuh pada 9 Julai 2007.

Pada 1 Januari 2012, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Baginda juga adalah Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.

That's it for now.
 

Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35, 6 Mei 2015 Live

IPOH 5 Dis. - Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35 akan diadakan pada 6 Mei tahun hadapan di Istana lskandariah, Kuala Kangsar.

  • Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzudin Shah
    by MOHD. HAZLI HASSAN via YouTube edited by UTUSAN ONLINE 10:12 AM

- See more at: http://live.utusan.com.my/Event/Istiadat_Pertabalan_Sultan_Perak_Ke-35_6_Mei_2015#sthash.5utEYQMv.dpuf

Istiadat Pertabalan Sultan Perak Ke-35, 6 Mei 2015 Live

IPOH 5 Dis. - Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak Ke-35 akan diadakan pada 6 Mei tahun hadapan di Istana lskandariah, Kuala Kangsar.

  • Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzudin Shah
    by MOHD. HAZLI HASSAN via YouTube edited by UTUSAN ONLINE 10:12 AM

- See more at: http://live.utusan.com.my/Event/Istiadat_Pertabalan_Sultan_Perak_Ke-35_6_Mei_2015#sthash.5utEYQMv.dpuf


  • by KHAIRULANUAR YAHAYA 10:05 AM
  • by KHAIRULANUAR YAHAYA 10:04 AM
  • Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim bersama Raja Muda Perak dan Raja Puan Besar Perak serta Raja DiHilir Perak dan Raja Puan Muda Perak dijadual masuk ke dalam Balairung Seri pada pukul 10:52 pagi.

    Ketika ini kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar negara dan negeri sedang memenuhi Balairung Seri Istana Iskandariah.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA 9:58 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:23 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:21 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:20 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:18 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:17 AM
  • - See more at: http://live.utusan.com.my/Event/Istiadat_Pertabalan_Sultan_Perak_Ke-35_6_Mei_2015#sthash.5utEYQMv.dpuf


  • by KHAIRULANUAR YAHAYA 10:05 AM
  • by KHAIRULANUAR YAHAYA 10:04 AM
  • Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim bersama Raja Muda Perak dan Raja Puan Besar Perak serta Raja DiHilir Perak dan Raja Puan Muda Perak dijadual masuk ke dalam Balairung Seri pada pukul 10:52 pagi.

    Ketika ini kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar negara dan negeri sedang memenuhi Balairung Seri Istana Iskandariah.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA 9:58 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:23 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:21 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:20 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:18 AM
  • by MOHD. HAZLI HASSAN 9:17 AM
  • - See more at: http://live.utusan.com.my/Event/Istiadat_Pertabalan_Sultan_Perak_Ke-35_6_Mei_2015#sthash.5utEYQMv.dpuf

    No comments:

    Post a Comment