Thursday, 14 December 2017

Cikgu Bukan Ultraman - Mohd Zamri Husaini



Tajuk:  Cikgu Bukan Ultraman
Penulis:  Mohd Zamri Husaini
Penerbit:  NAQ Publications
Harga:  RM 23.90 (Semenanjung Malaysia)
             RM 25.90 (Sabah & Sarawak)
Cetakan Pertama 2017

Sinopsis Belakang Buku:

Mendidik anak-anak abad ke 21 merupakan cabaran besar buat para guru hari ini.  Cara dan pendekatan yang digunakan mungkin sedikit sebanyak berbeza dengan pendekatan terdahulu.  Alvin Toffler, seorang pemikir dan futuris barat pernah menyatakan di dalam buku Rethinking The Future, bahawa "Buta huruf di abad 21 bukan hanya dialami oleh orang-orang yang tidak tahu membaca dan menulis sahaja, tetapi mereka yang tidak mahu belajar, berhenti belajar dan mengulang kembali belajar (learn, unlearn, relearn)."

Komen:

Ini buku ketiga berkenaan kerjaya guru yang saya beli.  Yang pertama,  Bukan Salah Cikgu.  Yang kedua pula, Cikgu Kelas Sebelah.

Buku ini memuatkan 30 kisah pendek dunia perguruan.  Ada kisah dengan pelajar, kisah isu-isu pendidikan dan juga perubahan yang harus dilalui oleh setiap guru.  Misalnya, isu KBAT, i-Think, TIMMS dan PISA, Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke 21 dan banyak lagi.

Antara banyak-banyak, rasanya isu KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi / HOTS - Higher Order Thinking Skills) ni yang paling banyak kesannya pada gurusebab ia berkait dengan peperiksaan.  Masyarakat kita masih lagi memandang peperiksaan itu sebagai satu-satunya alat untuk mengukur keupayaan anak masing-masing.  Jadi, bila soalan peperiksaan lebih banyak menjurus kepada KBAT, dan peratusan cemerlang pula secara kebetulannya jatuh merudum, maka melompatlah ibu bapa sekelian.  Bukanlah menidakkan peperiksaan, tapi perkembangan anak juga patut diberi perhatian.  Setiap anak tak sama keupayaannya.  Ini yang ramai ibu bapa tak faham.  Ramai yang masih memandang keputusan peperiksaan itu "the ultimate" dan yang lain-lain tu cuma sampingan saja. Maka, bila timbul masalah dalam masyarakat, semuanya menuding jari ke bidang pendidikan.  Sedangkan, Islam dah kata yang ibubapa adalah guru pertama anak-anak.

Jadi, wahai ibu bapa sekelian, cikgu-cikgu bukanlah Ultraman!

Kelas Menjahit Part 3

Hari ketiga sambung lagi lukis pola atas brown paper.  Lama jugak nak siap. Sebab ada silap. Take pe, belajar dari kesilapan kan.  Lepas tu cuma sempat lukis pola baju bahagian depan dan belakang aje atas kain.  Yang lain kena sambung next class.  Hmm, hari ni kena cari sekoci.  Tau tak sekoci tu apa?  Ni dia.

Sekoci

Ingatkan tak payah beli sebab mesin jahit brother tu tak payah guna sekoci.  Tapi sebab kat tempat belajar tu masih pakai mesin jahit lama, maka, kenalah beli jugak.  Gunanya untuk letak gelendong di dalamnya.  Ini rupanya gelendong.

Gelendong

Gelendong tu guna yang mak punya. Tak payah beli.  Lega sebab mesin jahit brother tu kena guna yang plastik.  Dah ada banyak yang plastik, rasa rugi pulak beli jenis logam banyak-banyak.  Bukan nak guna pun.

Oklah. Setakat ini dulu.

Kelas Menjahit Part 4

Hari ni, sambung lukis pola baju dan kain di atas kain (yang kita dah beli until buat baju) dan potong.  Juga macam mana nak potong bahagian leher.  Sebelum tu, kena beli kain yang ada gam dibelakangnya. Fabrik interfacing. Jenuh cari kat pekan Ipoh sebab kebetulan ada urusan kat sana.  Rupa-rupanya, kat kedai runcit dekat rumah pun ada. Hai lah!  Penat badan!

Ni yang dah dilekat pada kain

Akhirnya, dapat jugak tengok kain yang dah nak jadi baju.  Alhamdulillah.  Homework: sambungkan kain guna mesin jahit.  Tapi dia suruh sambung bahagian bahu dan kain je dulu.  Nanti Isnin dia nak tengok.

Lepas kelas hari Isnin, inilah hasilnya.



Barulah semangat sikit.....


Sekarang, dah hampir sebulan selesai kelas menjahit.  Sempat jahit dua pasang baju kurung.  Alhamdulillah.  Kena tangguh dulu projek menjahit sebab sekolah dah buka.   Dah mula sibuk dengan kerja sekolah pulak.

Saturday, 9 December 2017

Kelas Menjahit Part 2

Hari kedua dah kurang sikit nervous.  Sebab cikgunya baik hati. Hehehe! Or maybe because I'm her only student that week.

Hari ni, sambung buat pola kain pulak.  Senang sikit sebab Tak banyak benda nak lukis.  Segiempat aje.  Lepas tu, gamkan kertas pink dan kuning yang dia bagi semalam.  Barulah nampak rupa baju dan kainnya.  Otak yang blur semalam, dah terang sikit.

Lepas tu sambung lukis pola sebenar atas brown paper.

Nampak tak banyak, tapi 2 jam jugak.  Tak pe, first time kan.


Cantik tak?


Bila dah jadi macam ni, barulah faham kenapa dia bagi kertas-kertas tu.

Lagi sekali, tepu otak!



Friday, 8 December 2017

Just Wondering

Lately, as I surf the internet, searching for information that I need for my lessons, I noticed that around 90% of the info that I got in BM medium actually come from Indonesians.  That got me thinking. Where are the information that comes from Malaysians? The educational ones, I mean.  I know that a lot of Malaysians do write stuff on the internet.  And I also know a few educators that write on the internet via blogs, Facebook page or YouTube.  I know it's not easy to upload educational content as writing takes up a lot of our time.  Even like this short entry.

Maybe we just like to write in English.  I did have a page in English since I had to teach in that language.  But then, since we switched back to BM, I'm a little bit concerned for the lack of content in BM.  The challenge that I face from my current students is, they mentally block almost everything that I showed them if it was in English.  If it was a video, it has to have a subtitle or I will have to translate to them for time to time.

I guess this is a reflection to me too.  I have been trying to translate the pages that I had written some time ago (though not much), and hopefully........ I do make a significant contribution to our education.  Wish me luck!

Wednesday, 6 December 2017

The Adventures of..... Kelas Menjahit! Part 1

Akhirnya........ pada umur 51 tahun, berjaya untuk pergi ke kelas menjahit secara formal.  Tak apa, bak kata orang putih, "better late than never".  Sebenarnya, nervous.  Ye lah, dah tua baru nak belajar menjahit, pasal apa muda-muda dulu tak nak belajar?  Alasan?  Tak payah tulislah.  Nanti cliche pulak kata orang.

Anyway, berkat dorongan seorang kawan ni, berjayalah mengharungi hari pertama kelas tu.  Dia siap bagi senarai apa nak beli tau. Dua kali, sebab senarai yang first tu dah ke mana hilangnya, salah letak kot.

Tu dia senarainya.

First day, hari Isnin pukul 10.30 pagi.  Dah buat appointment dengan pengajar tu.  Hari Jumaat sebelumnya, telefon dan tanya macam-macam.  Bagi sesiapa yang tinggal di Ipoh dan teringin nak belajar menjahit, bolehlah pergi ke Institute Jahitan Foong Foong.  Alamatnya, 47A, Main Road, Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh.  Sederet dengan Kedai Zeenath (kedai runcit) & Poliklinik Manjit.  Dalam Google map, better cari Kedai Zeenath. Senang sikit.



Yurannya RM 380  untuk 24 jam (setakat 2017). Tak tahulah kot-kot masa depan naik pulak.  Kos hidup sekarang kan semakin meningkat.

Sebelum mula, dia beri 3 benda - sehelai kertas pink, sehelai kertas kuning & pembaris kertas.  Yang ini kena bayar RM 1.50.  Pembaris tu rupa-rupanya pembaris berskala. Nak lukis pola baju, mesti muat dalam bukukan, jadi pembaris tu akan "kecikkan" ukuran yang sebenarnya.



Hari pertama, cuma belajar lukis pola baju je.  Oh ya, kita boleh request nak belajar pattern yang kita nak.  Saya pilih baju kurung yang ada pesak tu.  Sebabnya, fesyen ni tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman (betul ke pepatah ni?), dengan kata lain, evergreen.  Betul tak?

Hasil hari pertama.
Rasa tepu kepala otak ni walaupun itu je yang kita hadap selama 2 jam.  Maklumlah, ilmu menjahit ni memang zero.  Mak pulak menjahit stail orang lama, ambil baju lama, tekap, gunting dan terus jahit.  Tak ada pola-polanya.  Blur jugak mula-mula tu.  Mujur cikgunya baik.

Okaylah, nanti kita sambung.  Bye!

Saturday, 2 December 2017

My Sewing Machine

Brother GS2700

I bought this sewing machine on 27 November 2017. Monday.  After finished invigilating SPM that day.  I had been contemplating buying it for a long long time since my mother's sewing machine had been giving problems for the past few years.  The salesman is very patient with me when he did some demo.  Hopefully, this will be put into full use.  I've decided to enroll myself in a sewing class. Well, good luck to me!

Some info on this sewing machine.  Just in case you're hunting for one. 

1.  It's portable, has 27 built-in stitches.  Meaning, it has 27 types of pattern that you can choose. 

2.  It also has 1-step buttonhole, which means that you just put your button on the slot provided, than step on the foot controller, and, voila! You got your buttonhole! 

What else?  Oh, I LOVE this feature. 

3.  Built in needle threader.  Thanks to this feature, I don't have to strain my eyes to thread the needle anymore, or ask my children to do it for me.

I think I'd better let the pictures below talk.



See the 27 patterns?

This model comes with a soft cover.  Just a white plastic to cover your machine.

 Bye!