Sunday, 29 March 2015

Transformasi

Dah mula penyakit blog bersawang.  Rasa nak tulis, tapi tak dapat nak kembangkan idea.  Nak review buku........ penyakit M (malas) pulak bermaharajalela.  Nak tulis tentang isu semasa - kapal terbang German yang terhempas?  Banyak blog lain yang boleh ulas, lagipun tak kuasa nak buat research.  Macam biasa, ada yang skeptikal & ada yang nak kaitkan dengan Islam pulak!? 

Semalam kena hadir LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan), sekarang dipanggil CDP (Continuous Professional Development - Pembangunan Profesional Berterusan).  Penceramahnya seorang tokoh yang selalu dipanggil untuk memberi motivasi di TV dan radio.  Isi kandungannya bagus. Berkenaan transformasi dalam pendidikan dalam abad ke 21.  Tapi biasalah, tajuk berat-berat macam ni, ramai yang tak boleh nak fokus untuk jangka masa yang lama.  Faham.  Tapi, sebagai guru, terkilan jugak bila yang duduk di belakang tu bercakap tak henti-henti.  Macam-macam cerita.  Kita marahkan student kita tak beri perhatian bila kita mengajar, tapi sekarang, bila ada orang lain tengah beri ilmu, kita pun dua kali lima dengan student kita.  Macam mana ni?

Tak dinafikan, bidang perguruan ni secara umumnya dipandang mulia.  Islam pun pandang tinggi pada guru.  Disuruh hormat pada yang memberi ilmu.  Tapi realitinya masyarakat kita sekarang, walaupun di mulut kata hormat guru, tapi tindak-tanduk kita tak selari dengan apa yang dikata.  Nak salahkan siapa?  Tak payah cari salah orang.  Tengok diri sendiri cukup.  Kita nak orang hormat pada kita, jadi kita kena buat benda yang sama pada orang kan.



Ini bukan kali pertama situasi ini diperhatikan (cewah! ayat cikgu sains!).  Sepanjang 20++ tahun jadi cikgu dan hadir banyak kursus / seminar.  Macam inilah suasananya.  Penceramah bercakap di depan, kita bercakap di belakang.  Fokus sekali-sekala, lepas tu buat kesimpulan sendiri.  "Mental block" yang sedia ada tak diruntuhkan. Bila diminta sampaikan pada rakan sejawat yang tak hadir kursus, maka kesimpulan yang tak berapa nak mantap itulah yang diberi.  Akhirnya, salah faham yang sedia ada tak dapat dirungkaikan dan akan berterusan selagi tak ada kesedaran diri.  Bak kata Einstein,

The definition of insanity is doing the same thing over and over and expecting different results.(Albert Einstein)


 Nak mencapai negara kelas pertama, minda juga kena kelas pertama.


Everyone thinks of changing the world, but no one things of changing himself.
(Leo Tolstoy)


 Rasanya cukuplah membebel setakat ini.  Ini juga peringatan untuk diri sendiri.


A002 
 Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
 
A003 
 Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

(As-Saff 61:2-3)


Akhir kalam, satu lagi quote:


Thursday, 19 March 2015

Bimbo - Rin Ahmad

Bimbo by Rin Ahmad



Tajuknya sangatlah ...... apa nak cakap ya? ..... pelik?  Bimbo?  Bukan ke itu gelaran untuk perempuan gedik?  Kisah perempuan gedik ke?  Bila baca, tak lah gedik tapi salah faham punya pasal, maka keluarlah perkataan bimbo.  Banyak juga belajar vocab baru kat sini.  Nak tau, kena baca,

This novel has got me excited because.......

  1. It's been quite a while since I updated my blog (plus that "bad gateway" issue),
  2. There were times when I wanted to write but didn't have enough motivation to write or my brain just wouldn't cooperate or just simply lazy.....
  3. The male character was diagnosed of having Bell's Palsy. I didn't realise it at first, but as I keep on reading, it reminded me of one of my friend.  She had Bell's Palsy long time ago and has recovered.  Alhamdulillah.  I kind of forgot what Bell's Palsy is until I read this novel because my friend was diagnosed this during school holiday, and by the time the holiday ends, she's already almost fully recovered, so I didn't notice any changes in her facial expression until she told me.
  4. Whoever says that reading novel is a complete waste of time, well they are wrong.  Okay, depends on who the author is. For me, I gain a lot of knowledge by reading novels.  Because sometimes there are certain field that really doesn't interest you and in my case, for example, if you want to see me read a book on economics or politics or things that are not related to science, well..... chances are, you are going to be disappointed.  This is how I got my "education". Hahaha...


If you want to get a glimpse on what Bell's Palsy is, and a bit on the job scope of an electrical engineer, I would recommend this novel.

I can only imagine the difficulty of having Bell's Palsy, when your face muscles become paralyse especially when it also involves your tongue.  Recovery is different from one person to another.  Just imagine, you cannot talk properly, eat or drink properly because your tongue is paralysed!  Makes me feel so grateful for the everything that I have now.

Besides that, Elsuraya and Dani's experience in Saudi, makes me wish that I could go there as soon as possible!  Okay, enough ramblings.  Let's take a look on this novel:

Tajuk:        Bimbo
Penulis:     Rin Ahmad
Penerbit:   Kaki Novel
Harga:      RM 23 (Semenanjung) / RM 26 (Sabah/Sarawak)

Sinopsis:

"Astalavista loozer!  With double o and double z."

Kata-kata yang sentiasa dikenang oleh Elsuraya setelah kehilangan kedua ibubapanya dek kerana sebuah tragedi.  Dalam dian dendam bercambah terhadap Azad, empunya suara jelik yang disangkanya penyebab tragedi itu.

Diacah untuk dijodohkan dengan Azad oleh keluarga yang telah menjaganya setelah bergelar yatim piatu menambah sengara di hati.  Apatah lagi saat hati mula terpaut dengan seseorang.

Dah gugel douchebag.  Kejamnya.  Do I deserve that? - Dani Ikram.

Do I deserve bimbo? - Elsuraya.

Mengenali Dani Ikram, hati tersepit di antara realiti dan fantasi.  Cuba menerima Azad atau cuba menolak rasa indah yang mula berbunga di hati?  Sementelah, Azad bukanlah empunya suara jelik yang sebenar.  Tetapi, si pemilik suara ialah lelaki yang telah menyirami hatinya dengan benih cinta.

"Kalau hattttttti saya sakit sebelum waktunya, apa gunanya hubungan kita?  Apa yang awak nak sama dengan yang saya nak.  Tapi, untuk apa?  So that kita nanti rasa sakit sama-sama? - Elsuraya.

"El, kalau awak pilih orang yang awak tak cinta, seriously you are a bimbo.  I can never be wrong calling you that the very first time w met." - Dani Ikram.

Mampukah Elsuraya berpasak di alam realiti sedangkan fantasinya jauh berbeza?

P/S:  Bagi yang tak selesa novel yang bercampur BM & BI, kenalah belajar buangkan perasaan tu.  Banyak juga frasa BI dalam novel ni.  Tapi.... kamus kan ada?  Kamus online pun ada, jangan jadikan bahasa sebagai alasan.  Rasulullah pun memang galakkan kita sentiasa  belajar kan.  Kajian pun dah buktikan orang yang tahu banyak bahasa ni banyak kelebihannya.

Wednesday, 18 March 2015

Ramadhan al-Mubarak

Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Sebulan. – Lima Minit

Ramadhan datang lagi….. (Suatu peringatan buat diriku yang mudah lupa).
Bulan yang penuh berkat dan rahmat dari Allah.
Kita pun berpuasalah… dari fajar subuh sampailah terbenam matahari.  Tak makan dan tak minum (semua orang tahu ni); tak buat perkara-perkara yang membatalkan puasa. (Hmm….apa dia ya?)
Dari buku Fardhu Ain Rumanis:
Syarat wajib puasa:

  1. Berakal
  2. Baligh
  3. Kuasa
Yang membatalkan puasa:
  1. Memasukkan sesuatu barang ke dalam rongga lubang anggota seperti makanan atau minuman dengan sengaja.
  2. Muntah dengan sengaja.
  3. Bersetubuh atau jimak di siang hari. (ada hukumannya)
  4. Keluar mani sebab bersedap-sedap yang bukan bersetubuh kecuali keluar dengan sendirinya atau bermimpi (tidak batal puasanya).
  5. Haid atau nifas (bagi perempuan)
  6. Gila
  7. Murtad
Sunat Puasa:
  1. Menyegerakan berbuka
  2. Makan sahur dan melambatkannya selama fajar belum terbit.
  3. Membaca doa ketika berbuka.
  4. Meninggalkan perkataan-perkataan yang keji-keji.
  5. Memperbanyak sedekah, membaca Quran dan lain-lain.
Mudah-mudahan puasa kita diterima Allah.
Sekadar renungan….dari buku “Rasulullah s.a.w. bertanya Iblis menjawab”:
Sabda Rasulullah s.a.w.:  “Wahai iblis, bagaimana pula keadaanmu apabila ummatku mengerjakan puasa dalam bulan Ramadhan kerana Allah s.w.t.?”
Berkata Iblis: “Ya nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap keseluruh bala tenteraku atas sebab berikut:
  1. Apabila masuk sahaja awal bulan puasa Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursi, dan semua malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.
  2. Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah s.w.t. dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama dia berpuasa.  Ini semua menyebabkan aku merasa dukacita yang amat sangat.
  3. Yang paling menyakitkan hatiku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut hatta burung yang terbang diudara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.  Satu lagi yang menyedihkan aku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula semua pintu syurga dengan selebar-lebarnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.
Ketahuilah, dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para malaikat dengan perintah Tuhan untuk menangkap kami dari bangsa iblis dan juga syaitan, lalu dibelenggu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang paling bawah sekali dan diazab dengan siksa azab yang amat sangat, siksaan ini akan berterusan sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.
Semua ini dilakukan oleh Allah s.w.t. supaya kami tidak mengacau dan mengganggu ummatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa.  Mereka akan merasa lega dan gembira melakukan ibadah puasa tanpa gangguan dari kami, demikian juga di kala bangun untuk makan sahur diwaktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut sepertimana diwaktu bulan lain.

Tuesday, 17 March 2015

First

This was my first post…..  Posted on August 6, 2007
1st place. Gols sign. stock illustration. Illustration of golden - 23555761


There’s always a first time.
Hmm…. true!  So, this is the first time for me to start my blog.  Hopefully, it will last for a long, long time.
Being an introvert, this is difficult.  But, the ‘first time’ is always difficult.  That’s why we have quotes like ‘practice makes perfect’ and many more but right now that’s the only quote that I can remember.
Teringat masa zaman dulu-dulu (back in the university days), komputer masa tu hanya untuk orang-orang tertentu aje.  Tapi, disebabkan ‘keinginan yang membuak-buak’, mintak jugalah diajarkan macam mana nak guna.  Anyhow, tak berani juga – takut meletup!  He he he…  Tapi sekarang….. tiap-tiap hari (almostlah) guna komputer.
That’s life…
What else… the first day to kindergarten – hmm… cuma ingat duduk kat meja & mainan macam lego, tak nak naik van tadika.
the first day to primary school – searching for my parents outside my class,
the first day in MRSM (tak boleh tidur sebab roomate menangis, bersembang & ada yang basuh kain tengah-tengah malam – can you believe that!  Semuanya homesick punya pasal).
The first day in matriculation – biasa aje sebab dah lima tahun kat asrama.
The first time masuk U – wow! rasa macam masuk ke dunia baru.
The first time konvo – bestnya!!! rasa terbayar penat lelah dari first year ke final year (especially masa buat thesis)
First posting jadi cikgu – rasa pelik sebab orang panggil ‘Cik Yusmahan’
First day being a wife – ha ha ha cannotlah… secret!
First day jadi mak – aduh! sakitnya…. taubat tak nak anak lagi…(tapi lepas tu dapat lagi 4 + 2 miscarriages).
Well….. that’s life….

Hello, Hai

Assalamualaikum,

Akhirnya..... lepas berbulan dapat mesej "504 Gateway Time-out" daripada laman blog sebelum ni, maka, lahirlah laman blog ni.

Frankly speaking (err... speaking ke, writing kot!) rasa bersalah pun ada. Felt comfortable there because of the 'non-mainstream'-ness.  (Sorry pakar-pakar bahasa di luar sana! Menjahanamkan bahasa!)  Malas nak create satu lagi blog pun ya jugak, sebab bukan rajin pun nak tulis blog. Macamlah ada ramai yang nak baca. Buat blog dalam tapak sebelum ni pun asalnya, kononnya, tak nak yang mainstream. Saja syok sendiri nak menulis.  Nak tulis dalam diari, malas. Fobia pun ada disebabkan insiden suatu masa duluuuuu......

So...... this is my third blog. First, in friendster. Second, in Blog.com.  Now, the mainstream Blogspot.com.  Wow! Tak sangka! My first post was in August 6, 2007.  Tak sangka boleh survive sampai sekarang.  And, since this is already been done, one more thing that makes me reluctant in the first place is...... should I move all my previous posts here? Its going to take some time ( a long time perhaps?) because, looking back, it's quite a lot surprisingly.  Ahh.... I forgot! There's one more site - wikispaces.  Soon, will be deleted I guess because I have to pay to the admin for the maintenance, which I don't.

This is it for now I guess. Time to explore the blogspot!  Till next time!