Tajuk: Fotografi Gaya Mukmin - Panduan Fikah Seni Foto
Penulis: Ustaz Azhar Idrus, Imran Burhanuddin
Penerbit:PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Harga: RM 17.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 19.00 (Sabah/Sarawak)
Terbitan Pertama 2016
Sinopsis Belakang Buku:
Fokus pada penulisan ini bukanlah tentang teknikal dalam bidang fotografi. Ia lebih menjurus ke arah perbincangan fikah tentang fotografi dan hukum-hukum bidang ini yang menjadi kemusykilan terhadap segelintir jurufoto-jurufoto Muslim.
Antara topik menarik buku ini:
- Betulkah pencipta kamera pertama adalah Muslim?
- Bolehkan saya berkhidmat sebagai jurufoto perkahwinan?
- Bagaimana sekiranya model itu tidak menutup aurat?
- Apakah jenis gambar yang terbaik dalam Islam?
- Kenapa perlu menjaga adab ketika mengambil gambar?
Komen:
Fokus utama buku ini ialah mengenai hukum fekah dalam bidang fotografi. Sebelum ni tak terfikir pun yang fotografi juga ada membabitkan hukum fekah. Tapi, bila mula baca buku ni, barulah nampak kepentingan fekah dalam bidang ini. Nampak sangat cetek ilmu Islam 😑😑😑
Kalau dah nama buku ni fotografi, dalamnya memang banyak gambar. Warna-warni pulak. Dimulakan dengan sejarah dulu. Sejarah berkenaan dengan optik dan kanta, sebab fotografi memang menggunakan kanta dan prinsip optik. Kemudian barulah bab fekah dalam bidang fotografi. Asal usul fekah yang berkaitan dan pandangan ulama'.
Bab seterusnya, ditunjukkan gambar-gambar terbaik yang dirakamkan. Memang cantik! Dinyatakan juga mengapa gambar itu dianggap terbaik. Di samping itu, dimasukkan juga beberapa ayat-ayat Quran dan hadith yang menyokong (konsep-konsep? atau cara pengambilan gambar?) gambar tersebut.
Bab akhir adalah berkenaan adab dan etika dalam fotografi. Bagi orang Islam. Perkara ni sangatlah penting sebab disebalik keseronokan mengambil gambar, ada perkara yang perlu dijaga, terutamanya isu aurat. Gambar / foto yang diambil, berkemungkinan akan jadi tatapan umum, lagilah jika dikongsi dalam laman sosial. Maka, banyak perkara yang perlu difikirkan agar ianya menjadi ibadah kepada kita dan mungkin juga saham syurga di akhirat nanti.
Sangat baik bagi yang meminati bidang fotografi.

No comments:
Post a Comment