Sunday, 24 September 2017
Mentaliti Jamban - Khairul Abdullah
Tajuk: Mentaliti Jamban
Penulis: Khairul Abdullah
Penerbit:Komrad Buku
Harga: RM 25.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 28.00 (Sabah & Sarawak)
Cetakan Ketiga 2016
Sinopsis belakang buku:
Bacalah buku ini. Orang yang tak baca, beraknya tak puas.
Try baca dulu bab 5, 15 & 29.
Komen:
Simple je sinopsisnya. Selaras dengan gambar jamban di kulit depannya. Kulit depannya dilubangkan di bahagian lubang najis. Rupanya, bila diselak, ada gambar tengkorak yang berisi otak. Memang kena betullah dengan tajuk "Mentaliti Jamban" kan.
Buku ni banyak menegur sikap kita. Kita yang kadang-kadang perasan bagus, tapi rupa-rupanya banyak sikap kita yang tak elok. Malah, Tak selaras dengan ajaran Islam.
Kenapa dicadangkan baca bab 5, 15 & 29 dulu?
Bab 5 - Tahi.
Berkaitan dengan tandas, terutama tandas awam. Isu ni rasanya dari saya kecil lagi dah timbul. Dan memang betul pun apa yang ditulis tu. Banyak tandas yang kotor selepas digunakan. Tak 'flush', kalau terpercik, tak dibersihkan betul-betul. Tisu tak dibuang betul-betul dalam tong sampah yang disediakan. Kalau tandas perempuan pulak, lampin pakai buang anak juga kadang-kadang tak dibuang dengan betul.
Teringat masa sekolah & universiti dulu, saya cuma ke tandas awam kalau betul-betul terpaksa saja. Itupun, kadang-kadang saya terpaksa bersihkan dulu tandas tu. Mujurlah sekarang ni, ada peningkatan. Terutama di tandas lebuhraya.
Ramai yang tak kisah dengan penggunaan air. Buka paip besar-besar, sedangkan air yang nak digunakan tu bukannya banyak sangat pun. Kita semua maklum yang Rasulullah saw memang melarang kita membazir. Dalam Quran pun ada disebut yang membazir tu amalan syaitan kan. Tengok sajalah masa nak ambil wudhu'. Sampai lencun baju pun ada. Lantai jangan ceritalah. Sampaikan kain pengesat kaki pun tak dapat nak tampung air dari kaki kita, sampai geli nak pijak.
Bab 15 - Janji Melayu, Cina, dan India, Semua Sama Sahaja!
Ini kisah sikap kita yang susah nak menepati masa. Kalau dah lambat, banyak alasan. Kalau ditanya, asyik "On the way" aje. Juga, isu yang dah lama wujud. Entah bila nak selesai.
Bab 29 - Pisang Dan Masjid
Lagi sekali, isu kebersihan. Ramai orang bersedekah di masjid. Contohnya pisang. Dah makan, kulitnya dibuang merata-rata. Bukan it saja, kadang-kadang kalau nasi lemak yang disedekahkan, pembalutnya juga dibuang merata-rata. Inilah akibatnya bila ilmu yang ada tak diamalkan. Dari kecil lagi kita diajar jangan buang sampah merata-rata. Di sekolah pun diajar benda yang sama. Mana silapnya?
Ada 31 bab semuanya. Memang semuanya sangat berkait dengan kita. Ada yang saya alaminya juga. Isu troli di pasar raya misalnya. Nampaknya macam semakin teruk jadinya. Kita ni jadi semakin malas kah? Atau kita ni jadi orang yang semakin mementingkan diri sendiri, sampai tak peduli langsung orang lain? Apa salahnya kita hantar semula di tempat yang dah disediakan? Jauh? Anggap aje it sebagai "exercise". Lagipun rakyat Malaysia kan paling obes di Asean. Tak percaya? Rujuk keratan akhbar Utusan Malaysia 15 November 2011. Bolehlah bakar sikit kalori tu yang banyak tu.
Banyak pulak komennya. Mengalahkan penulis buku pulak. Silalah baca. Sekurang-kurangnya boleh kita muhasabah diri sendiri, ya tak?
Subscribe to:
Comments (Atom)
