Monday, 1 February 2016

Kesilapan dalam komunikasi

credit to: http://www.crbm.cnrs.fr/index.php/en/science-communication
Sambil buat kerja rumah, dengar radio Ikim.  Slot masa tu mengenai Kesilapan dalam komunikasi.  Dalam hidup ini, kita tak boleh lari dari berkomunikasi sebab kita sentiasa berinteraksi dengan orang ramai.  Ada lima kesilapan yang dikongsikan dalam slot itu mengikut kefahaman saya:

1.  'One size fits all'.
      Kita andaikan cara kita menyampaikan sesuatu maklumat itu akan difahami oleh semua orang yang menerimanya.  Sedangkan kita ada pelbagai jenis orang dari pelbagai latar belakang.  Kalau di pejabat, pekerja kita dari golongan profesional hingga ke staf sokongan, tak mungkin boleh disampaikan dengan cara yang sama.  Sama juga dengan anak-anak - ada yang boleh bertindak dengan bercakap sahaja, sedangkan anak yang lain mungkin perlu dibuat sedikit tunjuk ajar barulah berkesan.

2.  'Channel selection'.
      Perlu pilih medium yang sesuai mengikut keperluan semasa.  Jika ada tugasan yang 'urgent', lebih baik bersemuka daripada menghantar arahan melalui e-mel, telefon, sms, whatsapp atau memo.

3.  'It's not what you see, but how you see it'.
     Adakalanya berlaku salah faham bukan kerana isi (content), tapi kerana intonasi atau gaya semasa kita memberikan arahan.
10% of conflict is due to miscommunication, but 90% of conflict is due to wrong intonation.

4.  'React vs respond'.
     Adakah kita jenis orang yang cepat 'melatah' atau tenang?  Orang yang react selalunya bertindak secara melulu dan spontan tanpa memikirkan dulu sebab/ akibat tindakan yang akan diambilnya.  Apapun, kita seharusnya menjadi orang yang tenang dan beri sedikit masa sebelum melakan apa-apa tindak balas.

5. Ketara sedar.
    Kita perlu sentiasa sedar dengan apa yang kita katakan atau lakukan kerana impaknya akan datang semula pada diri kita.  Oleh itu, sebelum bertindak, eloklah guna petua ini:

    T - Is it true?
    H - Is it helpful?
    I - Is it inspiring?
    N - Is it necessary?
    K - Is it kind?

Semoga apa yang saya dapat ini boleh meningkatkan kemahiran komunikasi kita.